Ok saya pasti semua orang adalah seperti saya . Mahukan Air Milo yang kita hasilkan sesedap Air Milo Kotak atau Air Milo Vending Machine.
Tetapi sayang sekali apabila setiap bancuhan Milo yang dihasilkan seperti kurang kick .
Tidak juga sama dengan abam pembacuh air di kedai – kedai makan yang selalu kita lepak dan menjamu selera.
Pening sekali hendak mencungkil Rahsia Peniaga Air ini?.
Sekarang anda tidak perlu pening – pening untuk menghasilkan Air Milo sesedap Van Milo caranya adalah –
Sediakan mug..
Bubuh susu pekat 1 sudu, milo 3 sudu (ingat sampai bila – bila nisbah susu 1:3 milo)..
Campurkan air panas..sedikit sahaja …
Lebih kurang 1/4 mug atau sama aras dengan milo..
Kacau smpai air panas tu jadi suam atau suhu bilik..
Bubuh ais (ketul) sampai penuh mug..
Biarkan ais mencair sampai takde satu pun yang berketul..kena ambil masa sedikit..sabar..
Biarkan ais mencair..tak perlu kacau..
Bila ais sudah cair semua skali..
Nikmatilah rasa milo sebijik seperti baru keluar dari van.
Sumber: Facebook walaupun sebenarnya dari Vocket Man yang mengatakan sumber ini Rahsia.
p/s: Jika anda mahu belajar membuat Bisnes Air Balang termasuk Rahsia – rahsia istimewa Air Balang style Hotel anda bolelah layari – Bisnes Air.com.