Kenyataan ini dibuat gara-gara gambar lamanya telah dijadikan 'meme' dan hiburan yang disalahgunakan serta disebarkan kepada orang ramai melalui laman-laman sosial.

Cover image via
Sun Daily

Semalam, 9 Mac, Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan barisan kabinet baru di bawah pemerintahannya
Tan Sri Muhyiddin mengumumkan Menteri Kabinet seramai 31 orang dan buat pertama kali dalam sejarah Malaysia tidak menamakan seorang Timbalan Perdana Menteri tetapi menamakan empat Menteri Kanan untuk membantu beliau menjalankan tugas.

Barisan Menteri bagi Kerajaan Perikatan Nasional ini juga terdiri daripada gabungan parti BERSATU, BN, PAS, Gabungan Parti Sarawak serta beberapa orang ahli parlimen bebas.

Dato' Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri (kiri), Tengku Dato Seri Zafrul
Image via FMT
Susulan daripada pengumuman itu, terdapat beberapa warganet yang menyuarakan mengapa ahli politik dari parti UMNO-BN, Datuk Seri Ahmad Maslan, tidak tersenarai dalam barisan Menteri Kabinet
Menyedari perkara itu, DS Ahmad Maslan telah tampil dengan kenyataannya sendiri ekoran tidak tersenarai dalam barisan Menteri Kabinet
Kenyataan ini juga dibuat gara-gara gambar lamanya telah dijadikan 'meme' dan hiburan yang disalahgunakan serta disebarkan kepada orang ramai melalui laman-laman sosial.

Menggunakan laman Twitter miliknya, DS Ahmad Maslan secara berseloroh mengatakan beliau tidak kisah tidak menjadi menteri. Bukan itu sahaja, beliau turut mengumumkan akan mengambil PhD di Universiti Utara Malaysia cawangan Kuala Lumpur.

Ternyata ramai yang terhibur dengan DS Ahmad Maslan. Bahkan, rata-rata turut mengucapkan selamat maju jaya kepada dirinya.

Alhamdulillah. Selamat menuntut ilmu DS Ahmad Maslan!
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Dah kenal Menteri Kewangan baru kita?
Jom try masak resepi-resepi dari DS Ahmad Maslan!
All copyrights for this article are reserved to DIY
Leave a Reply