Tapi kan, ramai yang pelik kenapa tiba-tiba penyanyi itu terlibat dalam isu ni.

Cover image via
Instagram @sharifahrose
google

Belum pun masuk bulan Februari, dah muncul isu ‘buka tudung’ oleh seorang influencer semasa bercuti di luar negara, baru-baru ini
Dipercayai, sebuah foto tular di media sosial menunjukkan influencer yang dikenali sebagai Sharifah Rose tidak memakai tudung semasa sedang bercuti bersama rakan-rakan di Phuket, Thailand.

Susulan itu, warganet melahirkan rasa kecewa dengan insiden tersebut malah ada juga yang menegur perlakuan influencer itu.

Sementara itu, Sharifah Rose turut tampil memberikan penjelasan mengenai isu tersebut di laman twitter miliknya
Bahasa:
“Salam semua, saya merasakan bahawa saya perlu perlu memberikan penjelasan terutamanya kepada para pengikut saya dan mereka yang memandang tinggi pada saya. Pertama sekali, saya ingin memohon maaf kerana telah membuat anda semua kecewa. Jujur dari hati saya, saya minta maaf sangat-sangat.
“Walaupun tiada alasan untuk apa yang saya dah buat, saya ingin menjelaskan beberapa perkara mengenai insiden itu. Ini adalah faktanya. Pertama sekali, saya ke Phuket bersama rakan rapat serta dengan pengetahuan dan izin ibu bapa saya. Saya tidak tipu atau sorokkan keberadaan saya daripada mereka.
“Screenshot itu diambil daripada IG story rakan saya. Di situ, saya tidak memakai tudung. Saya ingin jelaskan yang saya ke pantai hari itu, ini adalah foto kami di pantai. Seperti yang anda dapat lihat saya memakai pakaian yang sesuai. Baju lengan panjang, seluar panjang dan topi untuk menutup rambut saya.
“Topi saya basah jadi saya terus cabut untuk keringkannya buat seketika. Tanpa saya ketahui dalam tempoh 10 minit saya berbuat demikian, IG story itu diambil tanpa pengetahuan saya. Itu merupakan tempoh 10 minit paling bodoh dalam hidup saya dan ia buat saya sedar banyak benda boleh jadi dalam masa 10 minit itu.
“Itu adalah satu kesilapan dan saya mendapat pengajaran yang besar daripadanya. Saya mengharapkan anda semua dapat memaafkan saya. Terima kasih kepada mereka yang mengambil masa menghantar DM, tanyakan keadaan saya.
“Saya sangat bersyukur dengan sikap memahami dan sokongan anda semua. Saya berharap kita dapat teruskan kehidupan selepas ini,” tulisnya.
Dia juga turut memohon agar orang ramai yang mempunyai fotonya tanpa hijab agar memadam gambar tersebut.
To those who have my picture without hijab, tweeted that picture or retweet it, I humbly ask you to delete it as I have learned my lesson.
— sabrina (@sharifahrose) January 22, 2020
Bahasa:
“Kepada mereka yang mempunyai foto tidak berhijab saya, saya dengan rasa rendah diri memohon agar anda memadam gambar tersebut kerana saya sudah mendapat pengajarannya,” tulisnya.
Berikutan penjelasan itu, dia mendapat banyak komen positif daripada orang ramai termasuklah penyanyi antarabangsa, Ali Gatie
Penyanyi yang popular dengan lagu It’s You memuji tindakan berani Sharifah Rose itu di laman Twitternya pada 22 Jan 2020.

Bahasa:
“Kita semua ada manusia! Saya sayang kamu dan menyokong kamu. Reaksi ini memerlukan seorang yang dewasa untuk melakukannya. Kami semua sangat bangga dengan anda!” tulisnya.
Bagaimanapun, ramai yang pelik dengan kemunculan Ali Gatie dalam isu Sharifah Rose ini
Bahasa:
“Daripada Ali Gatie kepada Ali Gatal dengan sangat cepat,” tulisnya.

ali gatie backing up sharifah rose's gossip is definitely the most random thing ive seen all day
— baby (@izzahnl) January 22, 2020

Bahasa:
“Ali Gatie bagi sokongan pada gosip Sharifah Rose adalah satu perkara paling rawak saya lihat sepanjang hari,” tulisnya.

First of all, sharifah rose don’t owe any explanation to you guys. It’s her own body, she can do whatever she wants. Just mind your own sin ffs.Second of all, apo tiba2 ali gatie dok menyibuk pulak ni hahhahahaha dia kawan sharifah rose ke apa?
— Petrova (@HuntNa04) January 22, 2020

Bahasa:
“Pertama sekali, Sharifah Rose tidak perlu bagi penjelasan pada anda semua, badan dia, suka hati dialah nak buat apa. Cuma jaga dosa sendirilah.
“Yang kedua, apo Ali Gatie dok menyibuk pulak ni? Dia kawan Sharifah Rose ke apa?” tulisnya.

Plot twist: Sharifah Rose is Ali Gatie's ex. HAHAHAH jk
— Princess (@athirahhzh) January 22, 2020

Mungkin niat Ali Gatie itu baik dan ingin memberi sokongan pada Sharifah Rose. Jadi, kita husnuzon sahajalah ya dan sama-sama ambil iktibar daripada insiden ini.
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
All copyrights for this article are reserved to DIY
Leave a Reply