Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Menteri Hal Ehwal Agama, kematian jenazah akibat virus Covid-19 perlu diuruskan mengikut hukum pengurusan mayat pesakit ebola.

Cover image via

Sehingga hari ini, sebanyak 125 lagi kes positif Covid-19 direkodkan, dengan 12 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU)
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, jumlah kes baharu itu menjadikan keseluruhan kes positif di Malaysia adalah 553 kes setakat 12 tengah hari.

“95 kes baharu yang disahkan itu adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling, termasuk tiga yang menerima rawatan di ICU.
“Paling tinggi kes dilaporkan adalah dari Selangor, Kuala Lumpur, Sabah dan Johor,” katanya.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Menteri Hal Ehwal Agama, sekiranya berlaku kematian akibat virus Covid-19 jenazah perlu diuruskan melalui prosedur tayammum
Dalam kenyataan itu, dinyatakan jenazah mangsa Covid-19 hanya ditayammum atas balutan plastik berdasarkan muzakarah berkaitan hukum pengurusan mayat pesakit ebola, kata Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Image via Isma Web
Datuk Dr Zulkifli juga berkata bahawa kaedah itu dibuat pada permukaan beg berdasarkan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada Februari 2015.

“Kelonggaran diberikan sekiranya ada kemungkinan wujud kemudaratan kepada nyawa manusia yang menguruskan jenazah,” tambahnya lagi.
Baca kenyataan penuh di bawah:
Perkara ini telah dikongsikan semula oleh seorang pengguna Twitter bernama Hasrul Rizwan.

Dalam perkongsiannya itu, Hasrul turut memaklumkan ringkasan cara memandikan jenazah pesakit Covid-19, mengikut tatacara pesakit Ebola (EVD) dengan lebih lanjut
Bukan itu sahaja, lelaki itu turut menjawab beberapa pertanyaan serta persoalan daripada warganet ekoran cara pengurusan jenazah bagi mangsa Covid-19.

Berikut adalah antara pertanyaan menarik dari warganet:

Ini pula adalah cara pengurusan bagi mayat bukan Islam.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
All copyrights for this article are reserved to DIY
Leave a Reply