Cover image via
Twitter @aintheorchid

Kebanyakan daripada pelajar yang sedang menuntut di peringkat Sekolah Menengah pastinya akan ‘menggeruni’ matapelajaran Sejarah
Bagi rata-rata pelajar, matapelajaran Sejarah seolah-olah memerlukan mereka untuk menghafal keseluruhan buku bagi memudahkan mereka ketika menjawab soalan di dalam peperiksaan nanti.
Sudah pasti, perkara itu agak sukar untuk dilakukan oleh mereka lebih-lebih lagi jika tidak mempunyai kemahiran menghafal dan mengingati dengan baik.
Selain itu, antara tips yang sering digunakan oleh kebanyakan pelajar untuk score di dalam matapelajaran tersebut adalah dengan mengingati tarikh-tarikh penting, nama-nama tokoh yang terlibat dan pelbagai lagi.
Namun tanpa disedari, sebenarnya terdapat kaedah atau tips lain yang boleh digunakan para pelajar bagi memudahkan mereka untuk mendapatkan score yang tinggi dalam matapelajaran tersebut.
Seperti sebuah perkongsian yang dibuat seorang gadis di laman Twitter miliknya, dia menceritakan semula kaedah yang digunakan olehnya sehingga berjaya memperoleh markah 99% dalam matapelajaran Sejarah
Menurut pengguna Twitter yang menggunakan nama @aintheorchid ini, dia berkata adalah penting bagi setiap calon yang bakal mengambil matapelajaran itu untuk membuat semula latihan daripada soalan-soalan peperiksaan tahun sebelumnya.
Sejak ia dikongsikan, tips gadis ini telah berjaya mendapat hampir 10 ribu RTs dan lebih 17 ribu tanda suka.
Baca perkongsian penuh gadis ini di bawah:

Aku punya teknik and cara belajar, aku highlightkan dulu mana yang penting dalam buku teks macam contoh tulisan tamadun mesopotamia, ciri ciri bandar terancang dia lepastu aku tulis kat notebook aku, aku jadikan satu akronim atau aku buat lagu.
— ä (@aintheorchid) March 6, 2020

Kat sini aku nak tekankan banyakkan buat latihan past year sebab sejarah ni berulang je soalan dia! Lepastu kau takpayah hafal bagai nak rak sangat. Just buat peta pokok ke akronim ke untuk kau senang ingat !! Jangan percaya sangat dengan soalan spot 100%. Nanti korang kecewa
— ä (@aintheorchid) March 6, 2020

Katanya, untuk menjawab soalan KBAT, ia adalah penting untuk menyertakan sekali huraian di dalam jawapan

nak jawab kbat kena ada isi dengan huraian sekali lagi bagus masukkan inferens kecil kat akhir karangan tu. contohnya kesimpulannya kita hendaklah ... agar ... negara terus maju ...
— ä (@aintheorchid) March 7, 2020

lepastu cikgu aku ajar kalau soalan struktur last sekali mesti kbat kan kalau nak dapat 4 markah straight guna teknik ni (kepala ayat+isi+huraian+contoh+kesan pastu lagi bagus masuk inferens kecik utk tutup ayat) pic.twitter.com/CpuTapnjgt
— ä (@aintheorchid) March 7, 2020

Namun begitu ujar gadis ini, dia mengakui bahawa matapelajaran Sejarah ini sukar berbanding yang lain

Utk essay pulak, korg kena byk tahu tajuk f4 dan f5 jgk.Aku syorkan bkk je soalan essay tgk kbat sbb kbat paling bnyk markah. So perati kan yg mn korang punya otak blh bagi idea lebih. Walaumcm mana teruk pun kau, klau tkthu soalan ii fakta tu kbat mesti jawab ada markah utk kau
— ä (@aintheorchid) March 6, 2020

Okay sejujurnya sejarah ni memang susah sebab dia bukan macam subjek lain, yang boleh kau goreng en. Dia fakta. Perlukan banyak hafalan. Aku pun give up jugak sebab apa yang aku hafal keluar balik. Dari situ aku sedar, kita takboleh hafal buku teks.
— ä (@aintheorchid) March 6, 2020

Untuk calon yang bakal mengambil matapelajaran Sejarah, bolehlah gunakan tips ini supaya kaedah pembelajaran dan penghafalan lebih mudah dan berkesan.
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
All copyrights for this article are reserved to DIY
Leave a Reply