10kg bukan sikit ya. Betul-betul disiplin abang ni!
Cover image via
Twitter @ZackZakirin13
Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk menurunkan berat badan. Ada yang jenis diet tanpa berpantang, ada juga jenis yang berpantang sehabis boleh. Ikut cara dan timeline masing-masing.
Gambar sekadar hiasan
Image via AAMEDA
Paling bagus jika anda mampu untuk melakukan diet seimbang. Banyak faedah yang boleh anda peroleh dengan diet seimbang ini. Antaranya anda boleh menggalakkan kesihatan sel, kesihatan mata, kesihatan jantung, kesihatan tulang dan sendi dan juga kesihatan otak.
Tambahan pula, keperluan yang ada pada makanan yang berkhasiat dan diet seimbang diperlukan oleh setiap orang sejak lahir sehingga meningkat dewasa. Lebih-lebih lagi ketika dewasa ini, anda akan mengalami kekurangan sesetengah mineral atau garam galian.
Contohnya, sodium dan kalsium dalam tubuh badan. Sebab itulah anda memerlukan makanan yang berasaskan protein, karbohidrat, serat, kalsium dan juga minum lebih banyak cecair untuk memastikan kesihatan terjamin dan mencergaskan lagi tenaga.
Gambar sekadar hiasan
Image via NHS
Diet, diet juga. Air mineral pun kena minum secukupnya ya!
Penatlah diet tapi tak kurus-kurus juga. Macam mana ni?!
Jika anda mempunyai masalah sukar turun berat badan, boleh ikuti cara yang dikongsikan oleh Zack Zakirin tentang cara dia ‘pupuskan’ hampir 10kg dalam masa sebulan lebih sahaja.
Kau biar betul hampir 10kg dalam masa sebulan lebih je?
Ya, betul. Memang sukar untuk dipercayai tapi bila tengok hasilnya. Memang betul dan cara ini mampu untuk membakar semangat anda untuk terus mencuba mendapatkan hasil yang memuaskan. Macam Zack ni!
Perkongsian yang ditulis di laman Twitter miliknya itu telah meraih lebih 9 ribu retweets dan 12 ribu likes ketika artikel ini ditulis.
Baca penuh di bawah:
Dari 75kg kepada 65kg dengan menggunakan cara ‘Eat Clean’ je. Yang paling penting, mulakan dengan gaya hidup sihat!
Power beb!
Okay gais, jom sembang pasal diet. Aku nak buat thread macam mana aku boleh turunkan almost 10KG dalam masa SEBULAN lebih. Tengok gambar sebelum dan sekarang. Dari 75 Kg to 65kg. Semoga bermanfaat. pic.twitter.com/YNEfxz2OFf
— Zack Zakirin (@ZackZakirin13) March 31, 2019
Okay. First of all, kena ubah gaya hidup sihat. Maksudnya, kena ubah 2 benda utama. Pertama kena jaga makan, dan kedua kena exercise. Cliche kan? Tapi, tak apa, tak susah pun. Yang penting mindset kena betul. Macam mana nak kena jaga makan? Susah sebab makanan diet mahal2?
— Zack Zakirin (@ZackZakirin13) March 31, 2019
Actually aku lebih prefer panggil “eat clean”. Eat clean paling mudah nak faham adalah dgn totally avoid oily foods, junk foods, fast foods, berlemak, instant dan manis.
— Zack Zakirin (@ZackZakirin13) March 31, 2019
Apa sebenarnya terma ‘Eat Clean’ yang diamalkan ini? Jika anda ingin tahu, boleh ikuti menu yang disediakan di bawah:
Actually aku lebih prefer panggil “eat clean”. Eat clean paling mudah nak faham adalah dgn totally avoid oily foods, junk foods, fast foods, berlemak, instant dan manis.
— Zack Zakirin (@ZackZakirin13) March 31, 2019
Aku amalkan ni daily food:Bf- Telur separuh masak 2x or Pau Kari Ayam myNews or Pisang sebijiLch- Nasi Putih 1/2 + Sayur ulam Raw, or masak soup, or celur (portion 2x Nasi) + Ayam/Ikan rebus/Soup/grilled/roastedDinner- repeat mcm lunch, or makan buah je sampai kenyang.
— Zack Zakirin (@ZackZakirin13) March 31, 2019
Okay ni paling penting, bila nak ambil nasi lauk campur tu, nak lebih effective, avoid KUAH lemak, kari etc. EAT CLEAN means tak perlu kuah pun. Aku sertakan gambar supaya senang nak refer. Tak mahal pun, less than Rm 10/meal. Siapa cakap nak diet cost tinggi?????? pic.twitter.com/iAGwLNEp0b
— Zack Zakirin (@ZackZakirin13) March 31, 2019
Tahu tak, kuah lemak, kari etc 3,4 cedok tu, bersamaan dengan sepinggan Nasi. Sedap memang sedap. Tapi tak kenyang. Kalau fikir balik, baik makan nasi lebih. Kenyang pun kenyang. Sama juga mkn junk food, portion sikit, calories tinggi. Baik ubah makan buah byk2 & kenyang.
— Zack Zakirin (@ZackZakirin13) March 31, 2019
Untuk anda yang ingin mula berjinak dengan cara pemakanan ‘Eat Clean’ ini, boleh perlahan-lahan cuba dengan mengurangkan kuantiti makanan yang diambil
So untuk yang beginner, boleh try start slowly. Kalau tak boleh nak eat clean. Mulakan dengan cut portion makan. Contohnya, kalau biasa sebelum ni makan Nasi penuh, jadikan separuh. Kalau sebelum ni suka mkn cake sebekas, ganti cake semulut dua.
— Zack Zakirin (@ZackZakirin13) March 31, 2019
Kalau sebelum ni suka dinner pukul 9 mlm, dinner pukul 6-8 mlm. Kalau suka makan maggi as supper, tukar to buah as supper. Kalau suka minum Caramel Machiato, tukar to Latte without sugar. Start slowly and consistently, confirm turun 3,4 kg dlm masa seminggu dua.
— Zack Zakirin (@ZackZakirin13) March 31, 2019
Ni baru cerita pasal bab makan. Belum lg masuk bab exercise and motivation. Sebab aku tahu, mostly masalah utama yang sangat susah nak diet ni disebabkan oleh tak ada motivation. Nak kurus cantik, tapi malas. Sebabnya tak ada motivation. Nanti aku sambung.
— Zack Zakirin (@ZackZakirin13) March 31, 2019
Itu bab makan, bab motivasi yang menaikkan lagi semangat untuk diet pula bagaimana? Penting ni!
Okay now kita sambung pasal motivation. For me, motivation perlu hadir dulu dalam diri, baru boleh nak focus work out. So mcm mana nak ada motivation? Well byk cara sebenarnya. Tp motivation aku guna, dulu pernah ada sorang crush ni, and she loves gym!
— Zack Zakirin (@ZackZakirin13) March 31, 2019
Standard la lelaki, kalau crush suka memasak, modal kita tanya pasal masakkan. Kalau crush tu suka kucing, kita tanya pasal penjagaan kucing. Kalau crush suka chemistry, kita tanya lah “chemistry antara kita”. Ihihi.. k k. So aku tanya dia mcm mana mana nak kurus?
— Zack Zakirin (@ZackZakirin13) March 31, 2019
Since dia pun doctor and aku gemok nak usha dia waktu tu, dia bagi ayat pedih sikit.”Lelaki gemuk ni, dia ada 1001 penyakit disebalik kegemukkan tu. Tapi tak semestinya, yang kurus ni sihat. Ada je, makan fast food byk, still kurus. Tapi check cholestrol tinggi and tak sihat”
— Zack Zakirin (@ZackZakirin13) March 31, 2019
And ayat motivation dia bg dekat aku simple,”Macam mana you nak jaga orang yang you sayang, sedangkan diri you sendiri pun you tak jaga?”.Me: pic.twitter.com/5xBm3yZhWg
— Zack Zakirin (@ZackZakirin13) March 31, 2019
Bila sampai waktu untuk bersenam, pemilihan playlist yang sesuai juga memainkan peranan.
Barulah lebih efektif! Jangan pula pilih lagu yang sendu je…
So dari situ motivation perlu ada. Manager aku pun share juga mcm mana nak dptkan motivation. Dia suggest, everytime nak jog, workout etc. Dgr motivational talk, korang boleh search je dkt spotify, sambil workout sambil dgr. Effective teruks! pic.twitter.com/EZKgUjPaXe
— Zack Zakirin (@ZackZakirin13) March 31, 2019
Jadi bila dah ada motivation, boleh start slowly dgn cardio. Jogging, skipping, cycling. Kalau berat korang 85kg above, tinggi 170cm below, jgn terus push over the limit. Sebab takut drastic sgt kurus, nanti ada kulit lebih. X cantik badan. So start slowly and consistently.
— Zack Zakirin (@ZackZakirin13) March 31, 2019
Exercise tu at least 4x seminggu. Bagi gap utk body tu rest kalau penat sgt. Tapi eat clean tu sangat penting. Memang effective teruk. Let say kalau nak cheat day, silakan on weekend. But bare in mind, exercise pun kena push lebih sikit sbb nak burn calories cheat day tu.
— Zack Zakirin (@ZackZakirin13) March 31, 2019
Once dah capai berat yg kita nak tu, them boleh lah start makan macam biasa. Badan tak naik sgt kalau cover balik dgn exercise. And maintain healthy lifestyle. Selamat maju jaya! If I can do, you also can do it. Believe in yourself!
— Zack Zakirin (@ZackZakirin13) March 31, 2019
Kalau anda ingin mencuba cara diet ini, boleh mula dengan mendisiplinkan diri terlebih dahulu. Lepas itu baru mula perlahan-lahan. Pasti boleh!
Conclusion gais, for beginner, like really want to do it. You can start slowly and perlu ada disiplin. Jgn terus workout kaw kaw. Sbb workout ni membuatkan kita rasa lapar dan nak makan je. So sebab tu aku pilih utk eat clean dulu, seminggu dua, baru workout. Nanti momentum lari.
— Zack Zakirin (@ZackZakirin13) March 31, 2019
Once badan dah biasa makan sikit and healthy, berat turun 3,4 kg. Then time ni lah baru push over your limit sikit. Time ni lah nak jog 4-5 Km sehari. Sebab badan dah selesa, dan ringan. So yeah, tinggal maintain.
— Zack Zakirin (@ZackZakirin13) March 31, 2019
Bukan apa, org Malaysia ni ramai obes. Makan nak sedap, bersenam malas. Umur baru masuk 35-40 an dah kena sakit kencing manis, jantung, darah tinggi. Imagine that time dah kahwin ada anak2, tak ke rasa kita menyusahkan dia org kalau meninggal awal sbb dari muda tak jaga makan?
— Zack Zakirin (@ZackZakirin13) March 31, 2019
Tweet ni juga nak sedarkan kita semua, supaya kita ubah gaya hidup sihat. Kita sama2 sihat dan tak menyusahkan orang lain waktu tua. Sayang keluarga kita dengan jaga kesihatan diri kita. Selamat beramal.
— Zack Zakirin (@ZackZakirin13) March 31, 2019
I think positive yg ALLAH sent her into my life just to teach me “Eat Clean” diet. Not end up as a love story. So basically, anyone yg datang & pergi dlm hidup kita ni, boleh jd 2 kemungkinan, samada ujian atau rezeki. Tapi value from them kita dpt tu yg perlu appreciate. Sekian pic.twitter.com/DxCFJBhSAR
— Zack Zakirin (@ZackZakirin13) April 1, 2019
Hasilnya memang begitu memuaskan. Tak sia-sia usaha praktik ‘Eat Clean’ selama ni. Wah!
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Baca juga perkongsian menarik lain tentang topik DIET hanya di SAYS Seismik:
All copyrights for this article are reserved to DIY
Leave a Reply