Take note ya para ibu bapa.

Cover image via
Twitter @HausofHilton

Anda pernah dengar tak mengenai sudden infant death syndrome atau SIDS?

Gambar sekadar hiasan.
Image via Google
Kepada mereka yang tidak tahu apa itu SIDS, ia adalah kematian mengejut melibatkan bayi sihat yang berusia kurang setahun.
Sudah beberapa kematian dilaporkan media melibatkan SIDS ini. Selain itu, ia turut dikenali sebagai kematian di tempat tidur kerana hampir kesemua kematian melibatkan bayi berlaku semasa tidur.
Memetik Mayo Clinic, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan SIDS. Antaranya adalah faktor fizikal, tempat tidur, risiko dan juga ibu bayi itu sendiri.
Terbaru, seorang doktor muda dikenali sebagai Nimelesh berkongsi tentang posisi tidur bayi yang betul di laman Twitter miliknya

Posisi tidur bayi yang betul .Posisi tidur secara mengiring atau meniarap boleh menganggu pernafasan bayi.Ia boleh menyebabkan Sudden Infant Death Syndrome ataupun “Kematian Kot”. Satu punca kematian utama yang tidak dapat dijelaskan antara bayi berumur 1 tahun ke bawah pic.twitter.com/lAiRZluhoX
— Nimelesh (@HausofHilton) February 8, 2020

Doktor itu turut berkongsi artikel daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya warganet lebih mudah memahami perkara tersebut
Namun begitu, ramai yang bertanyakan mengenai cara tidur mengiring yang sering diajar kepada ibu-ibu yang baru melahirkan anak. Doktor itu kemudian membalas dengan meminta mereka mengikut KKM.

Tapi nurse pesan tidurkan baby mengiring supaya jika dia muntah susu, taklah tersedak. Mcm mana doc?
— Ipahjura (@epajura) February 8, 2020

Lepas sy lahirkan anak, nurse buat baby mengiring takut muntah susu. Sy buat baby terlentang, baby muntah susu kluar hidung. Skrg buat terlentang kalau dah burp..sy buat mengiring kalau dia belum burpp
— Saidah Asilah (@Saida_CFPCertTm) February 8, 2020

My mom dulu bersalin, then nurse yg ajar utk tidurkan baby secara meniarap. So adik 5 orang semua tidur meniarap sejak lahir
— clumsy princess (@FafMaira) February 9, 2020

tido meniarap juga nak elak bayi tertelan muntah susu (pengamalan 2 orang anak).
— حزيزول غوث (@hazizulG) February 8, 2020

mmg tak ajar anak tidur meniarap, mudah dapat semput sebab dada ada force. Selalu tidurkan mengiring ke kanan mcm sunnah. Pernafasan pun teratur. Susu keluar pun senang. Kalau sendiri terlentang pastikan dah betul betul nyenyak tidur, letak balik posisi kanan. Itu saya
— kakty (@zakariahoili) February 9, 2020

Dalam pada itu, ada juga warganet yang terkejut bila mengetahui info tersebut

ya allah salah info rupanyaaa, i ada adik kecik tiga orang tiga tiga i jaga dari lahir lepastu my mom and my grandma kata tidurkan macamtu supaya dia tak tersentak dan terjaga masa tidur
— aerarki (@aeaninggg) February 8, 2020

Semoga dengan perkongsian doktor ini dapat mencegah SIDS daripada terjadi kepada bayi-bayi lain. Ingat pesan doktor ya!

Gambar sekadar hiasan.
Image via Google
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
All copyrights for this article are reserved to DIY
Leave a Reply