Sedap sangat! Jom serbu Family Mart sekarang. 😀
Cover image via
Seismik Makan
Cakap sahaja tentang aiskrim di FamilyMart, pasti ramai orang yang suka kerana harganya yang murah dan perisanya yang begitu menarik!
Sempena Tahun Baru Cina, FamilyMart telah memperkenalkan Strawberry Sofuto baru!
Bermula dari 1 Januari hingga 14 Januari 2020, anda boleh mendapatkan perisa baru ini pada harga pengenalan yang murah sekali!
Anda boleh menikmati Strawberry Sofuto ini dengan waffle cone (RM2.90), sundae (RM3.90) dan juga sebagai milkshake (RM6.90)!
Harga biasa untuk Strawberry Sofuto dalam waffle cone ialah RM3.50. Manakala Strawberry Sofuto Sundae berharga RM4.90 dan milkshake pula berharga RM8.50.
Bukan itu sahaja, FamilyMart juga menghidangkan banyak lagi menu baru seperti Golden Salted Egg Chahan, Double Egg Mayo Sandwich dan banyak lagi!
Tunggu apa lagi? Jom check out perisa aiskrim Strawberry Sofuto ini di semua cawangan FamilyMart!
Jom check out banyak lagi hidangan menarik di sini:
All copyrights for this article are reserved to DIY
Leave a Reply