Menerusi entri<i></i> yang dibuat pelakon wanita itu, dia meluahkan rasa sayu terhadap pemergian mengejut adik lelakinya yang meninggal dunia di saat baru 37 hari bergelar seorang bapa.
Sedih dengan kehilangan insan kesayangannya itu, Yana berkata adiknya telah meninggal dunia seorang diri di dalam rumah memandangkan isterinya sedang menjalani proses berpantang di Sarawak ketika ini.
Apa yang lebih menyedihkan, menerusi caption yang dibuat olehnya itu, Yana juga berkata bahawa mereka sepatutnya pulang ke kampung halaman yang terletak di Yong Peng untuk menyambut hari lahir bersama-sama, namun ia tidak kesampaian.
All copyrights for this article are reserved to DIY
Leave a Reply