Bila pergi mana-mana tempat khususnya kawasan berhutan, seeloknya kita jaga pertuturan dan perbuatan.

Cover image via
Twitter @4neppp

Pasti ramai dalam kalangan kita yang pernah merasai pengalaman mistik dan menyeramkan ketika atau selepas pergi ke sesuatu tempat yang asing

Gambar sekadar hiasan
Image via Libur
Mungkin nasihat seperti "jaga diri, jangan tegur kalau nampak benda pelik-pelik", "jaga mulut", "jangan seronok sangat" dan banyak lagi sering didengar oleh kita lebih-lebih lagi ketika pergi bercuti atau berjalan khususnya di kawasan berhutan.
Nasihat tersebut tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk mengingatkan kita agar sentiasa berjaga-jaga dan mengelak daripada ‘dikacau’ oleh makhluk lain.
Di Twitter, seorang pemuda telah berkongsikan pengalamannya bersama rakan-rakan yang menyeramkan ketika bercuti di Janda Baik, Pahang
Menurut kisah yang dikongsikan oleh pengguna Twitter benama @4neppp ini, dia dan rakan-rakannya pernah membawa balik bunian bernama Melor selepas pergi ke sebuah kawasan yang terletak di Janda Baik.
Perkongsian itu telah mendapat lebih daripada hampir 13 ribu retweets dan lebih 20 ribu tanda suka ketika artikel ini ditulis.
Untuk mengetahui kisah sepenuhnya, teruskan membaca di bawah:
Dia berkata, ketika mereka dalam perjalanan ke Janda Baik, semuanya kelihatan sangat gembira dan seronok

Cerita dia bermula disini. Maaf la kalau korang tak faham ape yg aku cerita ni, aku dah mintak izin Tuan badan yg kene rasuk untuk cerita kat korang. Pastu ade yg aku tak pakai nama betul untuk atas permintaan tuan badan sendiri ye. pic.twitter.com/TrSXuisEEW
— (@4neppp) June 23, 2020

Okay kitorang bergerak dari rumah sewa pagi dalam 4/5 biji kereta jugak la. Lambat jugak la gerak pagi tu, cakap pukul 9 gerak tapi pukul 9 baru bangun, biasa la lelaki kan. Masa perjalanan pergi janda baik tu semua gembira la sbb bukan selalu dapat jalan jauh sesama ni.
— (@4neppp) June 23, 2020

Sampai je kat janda baik tu dalam pukul 1 kot pastu semua terus pergi kat sungai hahahaa tak tahu la kenapa. Lepas dah habis ape semua kitorang pun check in la chalet masing masing. pic.twitter.com/COtmrYfPou
— (@4neppp) June 23, 2020

Lepas je habis letak barang dalam chalet ade la beberapa orang pergi mandi kat sungai tu. Mandi dalam sejam pastu masuk chalet tidur sampai petang hahahaha. Semua bangun betul betul masa nak start buat bakar bakar. pic.twitter.com/y7INOD7nXo
— (@4neppp) June 23, 2020

Okay aku pendekkan sikit cerita. Lepas je habis makan kat bawah pondok tu semua masuk la balik kat chalet masing masing, ade la dua tiga orang yg lepak kat pondok tu borak borak sampai mata dah ngantok baru la masuk chalet.
— (@4neppp) June 23, 2020

Kisah seram bermula apabila rakannya yang bernama Amin mendengar seolah-olah ada ‘orang’ masuk ke dalam sungai di malam hari dan kemudian bertindak menegurnya

Okay ni dah mula cerita seram sikit. Bende ni jadi kat member aku nama dia amin, Tak tahu la kalau korang nak caye ke tak tapi memang berlaku kat tuan badan tu sendiri. Malam tu si amin ni lepak la kejap dekat luar koridor amik angin malam katanya.
— (@4neppp) June 23, 2020

Tengah sedap dia layan perasaan tetiba dia dengar ade orang masuk dalam sungai. Fyi kitorang punye chalet betul betul tepi sungai so kalau lepak koridor ke bukak tingkap ke memang boleh auto backflip macam pandalela. So si amin ni dengan bebalnya pergi la tegur
— (@4neppp) June 23, 2020

“Oi geng, nak mandi sungai jugak ke malam camni, tak sejuk ke tu?” Tapi senyap je, Takde sape yg sahut pun. So si Amin ni buat bodoh jela. Pastu dia pun masuk bilik macam biasa lepak tidur sampai la esok. Esok pagi tu sebelum nak balik kitorang mandi lagi sungai tu,
— (@4neppp) June 23, 2020

Tak tau la kulit ape semua sumpah sejuk air tu, tengah mandi mandi ni ade la sorang kawan aku ni nama dia si polan (bukan nama sebenar) dia ni mandi jauh sikit dari kitorang sambil susun susun batu, Tak tau la ape dia buat. Masa tu kitorang tak nampak pelik pun perangai dia tu pic.twitter.com/BmpY7SVo93
— (@4neppp) June 23, 2020

Perasan ada ‘budak’ ikut balik

Dah siap mandi ape semua kitorang pun siap siap la nak naik genting pulak amik angin situ. Okay masuk balik cerita amin, Amin ni dia ade perasan sorang budak nak ikot kitorang balik tapi dia buat bodo je, bodoh jugak orang nama Amin ni kan
— (@4neppp) June 23, 2020

Okay dah sampai genting tu lepak lepak dalam sejam baru la kitorang gerak balik. Dalam perjalanan singgah la kejap kat lepaking makan makan pastu balik. Dalam perjalanan balik ni pulak banyak bende yg berlaku, ni aku cerita ape yg jadi dalam kereta masa perjalanan balik.
— (@4neppp) June 23, 2020

Dalam kereta tu ade 6 orang termasuk aku, kitorang lalu highway lama jugak la sampai ke malam, si Polan ni tetibe nak muntah, kitorang pun gelakkan la hahahaha pastu dia betul betul muntah dalam kereta, bau dia jangan cakap la rasa nak muntah jugakla.
— (@4neppp) June 23, 2020

Pastu kitorang pun berhenti la kat satu rnr ni bersihkan kereta. Amin yg baik pun tolong la bersihkan jugak. Tapi dia terkejut ade ‘budak’ tu tengah duduk macam yoga jilat muntah si polan tu. Nak nak dipendekkan cerita start dari si polan muntah tu dah rasa lain
— (@4neppp) June 23, 2020

Dugaan bertambah apabila kereta tidak boleh dihidupkan untuk seketika

Habis bersihkan kereta jalan balik pastu berhenti kejap kat petronas nak kencing, habis je kencing semua tetibe kereta tak boleh start tak tau la kenapa, lepas 10 min camtu try balik baru boleh start then bergerak la untuk pulang pic.twitter.com/TLElMGZ6kJ
— (@4neppp) June 23, 2020

Dalam perjalanan balik ni lagi si Amin ni dia tetibe je sakit kepala and rasa nak muntah Tak tau la kenapa, sampai je kat satu jalan ni kat kampung jijan tetibe pulak si polan ni dia macam kene rasuk la kat sebelah aku. Aku buat bodoh je aku ingat dia saje je malas layan siak
— (@4neppp) June 23, 2020

Sebelah kanan aku si Amin, sebelah kiri pulak si polan ni hahaha memang malas la aku layan lagipun aku tengah mabuk kenderaan masa tudah nak sampai je rumah sewa si polan ni tetiba pulak elok si polan ni macam Takde ape ape berlaku, dia boleh tanye ‘aku tidur ke tadi?’
— (@4neppp) June 23, 2020

Aku pun macam wtf srs la, lagi aku malas layan hahahaha , lepas je hantar si polan ni kat rumah kitorang pun bergerak ke rumah sewa yg tak jauh dari situ dalam 5 min la, yg Amin ni tak habis habis lagi sakit kepala and nak muntah dia tu.
— (@4neppp) June 23, 2020

“Amin ni dia ada tegur ‘budak’ tu kat seat belakang”

Okay aku lupe something, si Amin ni dia ade tegur ‘budak’ tu kat seat belakang, dia cakap “kau buat ape kat belakang tu, keluar la, aku cakap keluar keluar la” lebih kurang camtu la. Yg kat sear belakang ni pulak ade sorang je member aku ni nama dia hamziq
— (@4neppp) June 23, 2020

Lepas je si Amin tu cakap camtu dia macam takut la, gile ke ape sape je tak takut, aku pun takut nak dipendekkan cerita ‘budak’ kat belakang tu asyik perhatikan dia dari start peristiwa si polan tu muntah. ‘Budak’ tu duduk kat sebelah hamziq, dia kesian kot tengok duduk sorang
— (@4neppp) June 23, 2020

Tak tau la nak cakap camne bentuk budak tu, mengikut fakta dari Tuan badan tangan menggerutu, Kuku panjang, mata merah dan rambut serabai. Okay sambung yg tadi kitorang pun sampai rumah sewa pastu si Amin ni cepat cepat masuk dalam rumah pergi tandas, dia muntah
— (@4neppp) June 23, 2020

Keluar dia dari tandas dia pun terus baring sambil tutup telinga. Kitorang memang tak tau la ape jadi buat macam Takde pape je. ‘Budak’ tu terus ikut Amin sambil jerit bahasa yg dia tak faham langsung. Kitorang rilek je kat rumah sewa tu siap boleh gelak gelak lagi.
— (@4neppp) June 23, 2020

Okay aku sambung, dah mandi ni baru la segar nak cerita. Part paling seram bila amin teriba jerit suruh kitorang halau ‘Budak’ tu. Masalahnya kitorang ni tak nampak ape pun. Semua tertanya ‘Budak’ mana pulak Amin ni bising aduhh malam camni buat hal pulak mangkuk sekor ni.
— (@4neppp) June 23, 2020

So ade kawan aku sorang ni call ustaz area rumah sewa suruh dtg, masatu dalam pukul 12 malam nak pukul 1 jugak la. Sambil tunggu ustaz tu dtg ade ade la member tolong azan, baca yasin and tolong yg sepatutnya. Belum habis lagi part Amin ni yee geng,
— (@4neppp) June 23, 2020

Kitorang pun dah rasa lain masatu, and aku pun cerita la ape jadi kat dalam kereta masa perjalanan balik kat budak lain. Pastu tetibe teringat dekat si polan, alamakkk. Kitorang pun try contact member budak rumah sewa la untuk tanye si polan ni okay ke tak,
— (@4neppp) June 23, 2020

Pastu ade la sorang budak rumah sewa si polan ni cakap dia nampak lain, ape yg lainnya? Ade la tapi memang lain. Pastu ade la member aku yg berani pergi la rumah si polan tu, mula mula 2/3 orang jugak la yg pergi tengok. Sampai sampai je kat sana nak tau tak ape jadi?
— (@4neppp) June 23, 2020

Aku pendekkan cerita la, budak ni sampai je kat sana borak borak dengan dia pastu ape tah budak ni buat kat si polan tu mengamuk la dia. Memang betul betul kene rasuk dah tak nampak macam ni polan dah, memang lain la,
— (@4neppp) June 23, 2020

Part yg kene rasuk ni aku takut nak cerita. Macam macam jugak keluar dari mulut si polan masa tu. Yg rasuk tu cakap kitorang ade bawak balik mayat tapi dia tak cakap dalam bentuk ape, petak siak kepala Tak tau ape. Habis je selesai ubat si polan tu kitorang cari la bende tu
— (@4neppp) June 23, 2020

Cari la dalam kereta, dalam negeri semua tapi tak jumpe pun hahahahaa, dalam pukul 6 pagi camtu baru habis. Memang tak tidur la seram gila, aku takleh cerita details sangat kat korang part kene rasuk tu sorry geng
— (@4neppp) June 23, 2020

Amin dah mula elok sedikit

Okay masuk balik part Amin tadi, masa dah ubat kan Amin tu dia tidur malam tu, dia mimpi yg ‘Budak’ tu lambai tangan kat dia sambil senyum. Lama jugak la nak tunggu Amin elok, keesokanya amin dah start nak elok sikit. Kepala dia still rasa berdenyut and badan rasa lemah lagi.
— (@4neppp) June 23, 2020

Tapi dia still boleh senyum and gembira dengan kitorang lagi. Macam macam pulak yg jadi dalam masa satu malam. Sampai pagi pun aku takut lagi doh, lampu rumah terbukak sampai pagi hahahahaha member yg lain sedap tidur
— (@4neppp) June 23, 2020

Ainaajoo gile ke ape kitorang terpijak kubur dia masa mandi kat sungai tu, gile tak seram takut jadi lagi je nanti. Tapi cerita ni tergantung sampai sini je, act nama bunian tu melor and dia dah balik tempat asal dia. Jangan tanya aku dia balik naik ape, aku memang tak tau
— (@4neppp) June 23, 2020

Okay sampai sini jela cerita yg panjang dan tak seberapa ni, Tak tau nak cakap ape dah, kita hidup Tak pandai nak ceramah hahahaa yg penting kita hidup didunia ni berkongsi. Jangan lupe diri ingat Allah selalu ade dengan kita, solat itu tiang agama. Okay selamat membaca
— (@4neppp) June 23, 2020

Last last aku nak letak gambar kenangan kat sana bersama budak kelas yg hensem hensem ni yg op berabis hahahaa. Kalau ade apa apa yg tak faham tanye je nanti aku jawab. Maaf thread tak seberapa nak jadi aku tak pandai ringkaskan cerita. Rakluu pic.twitter.com/VMQ1wCfzOP
— (@4neppp) June 23, 2020

“Apa pun, semua makhluk di dunia ini ciptaan ALLAH SWT, semoga kisah ini sedikit sebanyak dapat dijadikan pengajaran untuk kita semua.”
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Baca lebih banyak kisah seram di sini:

You may be interested in:

All copyrights for this article are reserved to DIY
Leave a Reply