Siapa yang baru nak mula berniaga tu boleh take note ya.

Cover image via
Twitter @magmalaya

Semakin ramai yang menceburi dunia perniagaan kini
Ada yang lakukannya sekadar untuk suka-suka dan mencari side income namun begitu, ramai juga yang serius menceburi bidang ini sebagai mata pencarian utama mereka.
Sementara itu, dengan perkembangan teknologi di mana dunia hanya berada di hujung jari semakin memudahkan orang ramai untuk ber-shopping! Tidak perlu bersusah-payah untuk ke pusat membeli-belah, segala-galanya boleh dilakukan dengan satu klik sahaja.
Ramai beranggapan bahawa modal yang besar diperlukan untuk memulakan sesuatu perniagaan. Ternyata ia sebenarnya tidak tepat.
Lelaki yang dikenali sebagai Faheem berkongsi di laman Twitter miliknya mengenai tips untuk mula berniaga dengan modal yang sedikit
Dia yang sudah 12 tahun menetap di Guangzhou turut mempunyai syarikatnya sendiri iaitu Hijrahtrading.com. Setakat artikel ini ditulis, perkongsiannya telah mendapat hampir 4 ribu ulang kicau dan 6.8 ribu tanda suka.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Tips untuk korang yg bertanya macam mana nak mula niaga dengan modal yg sikit, 2k-5k. Thread.1. Jangan pergi China. Ramai yg salah faham bahawa nak cari barang niaga je mesti kena keluar dari Malaysia. This is wrong. Pergi China memerlukan kos lebih dari RM 2k tu sendiri.
— MAG • Faheem (@magmalaya) January 20, 2020

2. Why not start dengan suppliers/sellers yg menapak di Malaysia? Ini pun aku belajar dari pengalam org lain. Ada je orang boleh buat sales 1 million dengan ambek barang stock niaga dari supplier di Malaysia. Pro? Barang cepat sampai, ada masalah boleh tukar.
— MAG • Faheem (@magmalaya) January 20, 2020

3. Cari market dulu, baru cari produk. Cari masalah dulu, baru bagi solusi. Masuk grup dekat FB atau cari dekat Twitter, perhatikan apa masalah orang dalam sesuatu niche atau market. Contoh: kau tengok ada masalah mak bapak ada masalah nak ajar baby diorang duduk tegak, solusi: pic.twitter.com/a61bMnWuZP
— MAG • Faheem (@magmalaya) January 20, 2020

4. Perhatikan dulu masalah orang, masalah ni adalah demand, permintaan utk kau selesaikan masalah orang, bila kau boleh selesaikan, kau boleh buat duit. So, belajar tengok/cari apa masalah orang dalam daily life mereka. Contoh: pic.twitter.com/dB0T7IV7hY
— MAG • Faheem (@magmalaya) January 20, 2020

5. Memilih produk. Sebaiknya mula dengan produk yg size dia tak lebih 2kg. Sebab? Kau nak jimat kos shipping dan space (warehousing), sebagai permulaan, cari produk yg size dan berat dia kecik/ringan. Cari produk yg orang gunakan setiap hari utk masalah diorang, contoh: pic.twitter.com/Mlq3GBRxP6
— MAG • Faheem (@magmalaya) January 20, 2020

Dalam pada itu, dia turut menegur kesalahan lazim yang dilakukan oleh mereka yang baru mula berniaga

6. Apokobondo eh jang suruh aku jual ketip kuku, takde class langsung! Ramai new comers nakkan bisnes yg nampak gah dan grand, nak yg flashy flashy; ingat, kita bukan Mira Filzah atau Aliff Syukri yg ada nama, diorang sekali lambung dah ada audience yg menanti.
— MAG • Faheem (@magmalaya) January 20, 2020

7. Semua nak jadi founders nak jadi ambassadors, tapi tak sedar, barang yg kita gunakan setiap hari pun boleh dibuat jual, boleh start a bisnes, boleh jual sebulan 5000 units. Hang ingat gula gula Hacks tu gah ke weh? Small, consumed daily, easy to carry, tak ditelan zaman.
— MAG • Faheem (@magmalaya) January 20, 2020

8. Cari produk yg related with our daily life. Semua orang ada smartphones, that's a big market, phone cases dan cables pula ringan dan murah, boleh jual. Jangan jual niche fashion, kau tak mampu nak catch up macam Zara dan H&M punya fast fashion.
— MAG • Faheem (@magmalaya) January 20, 2020

9. Jangan pilih market yg cuma diperlukan di certain waktu, seasonal items: pokok krismas, butang baju Melayu, vape, pod, shisha, Yeezy etc. Jangan jual barang mudah pecah, fragile, jangan jual barang yg perlukan teknikal skill yg tinggi: iPhones.
— MAG • Faheem (@magmalaya) January 20, 2020

11. Barang fashion ni bukan tak boleh main, cuma pace dia terlalu laju. Tapi kalau kau ada kemampuan utk storytell mesej kau sambil kau bungkus produk kau tu, why not? Cuma utk permulaan ni, be practical dan realisitic, jual apa sahaja yg boleh, jadikan 2k ke 4k.
— MAG • Faheem (@magmalaya) January 20, 2020

Dia juga sempat menitipkan pesan kepada para peniaga baru

Yg paling penting, always have a growing mindset. Terus membesar dalam hal meniaga. Buka lebih banyak peluang pekerjaan dan bagi impak yg baik kepada society. pic.twitter.com/UYkNyycxZo
— MAG • Faheem (@magmalaya) January 20, 2020

So, kalau korang dah ada ideas nak jual barang apa dengan modal RM 2k, bolehlah mesej kami dekat https://t.co/lJV04GxqZn , sebab kami ada buat kelas macam mana nak source produk2 menarik utk dibuat jual di dalam dan luar Malaysia. Jangan malu to start small. Provide solutions. pic.twitter.com/eQpEVkq2Vi
— MAG • Faheem (@magmalaya) January 20, 2020

Semoga tips ini bermanfaat buat mereka yang ingin cuba untuk berniaga ya
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
All copyrights for this article are reserved to DIY
Leave a Reply