"The person who wrote the script for TSMY deserves a raise for that well written and concise script. Kudos!" - Neelofa.

Cover image via
Google

Datuk Dr Marzuki Mohamad, 46, merupakan insan di sebalik ucapan ringkas, teliti dan menyentuh hati yang telah disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Datuk Dr Marzuki Mohamad, Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri.
Image via Sawarakvoice
Datuk Dr Marzuki Mohamad dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada tahun 1974 dan telah mendapat pendidikan rendah dan menengah di sana. Beliau sangat minat untuk mengkaji tentang politik pilihanraya, politik hubungan kaum, politik Asia Tenggara, Islam dan undang-undang.
Beliau telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 1 Mac 2020. Tambahan pula, beliau dikatakan telah mempunyai pengalaman berkhidmat dengan Tan Sri Muhyiddin sejak tahun 2009 lagi.
Di bawah merupakan antara kelulusan yang dimiliki oleh Datuk Dr Marzuki Mohamad:
1. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
- Sarjana Sastera (Sains Politik) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Doktor Falsafah (Sains Politik) dari Australian National University, Australia.
Beliau juga telah memulakan kerjayanya sebagai pensyarah di UIAM pada tahun 1999.
Tan Sri Muhyiddin Yassin turut memaklumkan bahawa beliau telah berkhidmat bersamanya sejak tahun 2009
Datuk Dr Marzuki Mohammad juga telah dilantik sebagai Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri antara tahun 2009 dan 2013 dan Setiausaha Politik Kepada Menteri Pendidikan antara tahun 2013 hingga 2015.
Selepas itu, pada tahun 2015 pula, beliau kembali bertugas di UIAM sebagai Profesor Madya di Jabatan Sains Politik dengan jawatan terakhir sebagai Ketua Jabatan Sains Politik.
Susulan pelantikan Tan Sri Muhyiddin sebagai Menteri Dalam Negeri, beliau kembali berkhidmat sebagai Pegawai Tugas-tugas Khas Kepada Menteri Dalam Negeri pada tahun 2018
Beliau juga mula mendapat perhatian selepas rata-rata rakyat Malaysia mendengar teks ucapan serta perutusan yang dibacakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan krisis wabak Covid-19 ini
Memang tidak dinafikan, ramai juga yang ingin tahu insan di sebalik teks yang dibacakan oleh TSMY itu kerana menurut mereka, ia sangat menyentuh hati, teliti, serta mudah untuk difahami orang ramai.
Kudos buat Datuk Dr Marzuki Mohamad!

The person who wrote the script for TSMY deserves a raise for that well written and concise script. Kudos!
— Neelofa (@Neelofa) March 27, 2020

yesss agreed! paling tersentuh dlm text tu which is "This gov may not be the gov that u voted for" and also "no one will be left behind"
— atiqahzan (@atiqahzan) March 27, 2020

Betul dia sentuh manfaat rakyat, dia sebut kemudian ekonomi dan majikan, kemudian pembangunan. Dan dia last cuba tenteramkan emosi kita semua.
— Awanomic (@i_am_awankhalid) March 27, 2020

Yess sgt teliti and difahami..and yg plg sedih bab speech last tu...and I just wanna say 'PM we will together fight this hard time' bcs we love u
— Agnes Hendrikus (@AgnesHendrikus) March 27, 2020

Apa-apa pun, ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS Seismik:

You may be interested in:

All copyrights for this article are reserved to DIY
Leave a Reply