Cover image via
Twitter @hanifjamals
Google
Isu kerja empat hari seminggu dan enam jam sehari sedang hangat diperkatakan orang ramai kini
Ada yang bersetuju sekiranya ia dilaksanakan di Malaysia. Bukan sahaja dapat meningkatkan produktiviti pekerja malah dapat mengurangkan kadar stres di tempat kerja sekiranya diberikan rehat yang secukupnya.
Namun begitu, ada juga yang tidak bersetuju dengan perkara tersebut dengan alasan bahawa tenaga kerja akan berkurangan membuatkan banyak perkara akan terbengkalai.
Bukan itu sahaja, rakyat Malaysia masih tidak bersedia dengan pelaksaan itu dan masih perlu memperbaiki mutu kerja mereka sebelum implementasikan perkara tersebut.
Gambar sekadar hiasan.
Image via Freepik
Bagaimanapun, lelaki yang dikenali sebagai Hanif Jamal berkongsi di laman Twitter miliknya bersetuju dengan perlaksanaan empat hari bekerja itu
Malah, dia juga turut membuat bebenang bagi menjelaskan mengapa ia wajar dilaksanakan di Malaysia. Menariknya apabila terdapat plot twist yang tidak disangka di penghujung perkongsiannya itu
Setakat artikel ini ditulis, perkongsiannya itu telah mendapat 12.4 ribu ulang kicau dan 9.7 tanda suka.
Baca perkongsian penuh di bawah:
Elok juga sebenarnya kerja empat hari, enam jam sehari. Kerja dari Selasa sampai Jumaat je, sabtu dan ahad jangan kacau. Isnin wajib cuti. Kenapa isnin perlu cuti? Macamni, biar saya explain. https://t.co/P4tx6E0mxm
— anep (@hanifjamals) January 8, 2020
Kalau isnin cuti, Dah konsisten cuti sabtu sampai isnin, tetiba selasa kerja. Memang sudden shock la. Momentum cuti terganggu camtu je. At least selasa buat work from home. Bangun lambat tapi steady buat kerja. Mandi pukul 2, tapi kerja jalan. Rabu masuk kerja konfem perform.
— anep (@hanifjamals) January 8, 2020
Tapi kan elok kalau cuti sabtu sampai selasa. Yelah isnin tu sudden shock pulak, selasa nak prepare mental nak hadap boss lagi, kerja berlambak lagi kat office, at least isnin dan sabtu tu kita bagi cuti. Rabu masuk konfem boleh kerja sampai malam.
— anep (@hanifjamals) January 8, 2020
Tapi boleh jadi jugak kalau cuti dari sabtu sampai rabu. Yelah kita faham rabu – hari pertengahan weekdays. Hari yg obviously tension work datang sebab pressure nak submit kerja dll. So at least, rabu tu kerja halfday je. Kita nak jaga tenaga utk hari khamis. Khamis baru all out.
— anep (@hanifjamals) January 8, 2020
Tapi lagi bagus kalau cuti sabtu sampai khamis sbb kajian mendapati kadar produktiviti kualiti kerja bertambah mutu secara mingguan bila kita semakin dekat dengan hujung minggu. Isnin selasa rabu wajib la cuti sbb nak prepare ketahanan fizikal & mental, so khamis ni kena rest.
— anep (@hanifjamals) January 8, 2020
Sebenarnya jumaat ni dah boleh consider cuti. Yelah kita bangun pagi, nak settlekan urusan hantar anak ke sekolah, belikan sarapan untuk diri sendiri since sarapan ni penting. Yang lelaki nak solat jumaat, nak focus pergi masjid, cari parking, semua ni diambil kira. So, cuti.
— anep (@hanifjamals) January 8, 2020
Sabtu ahad elok cuti. Maklumlah sabtu ahad je la kita nak keluar dengan ahli keluarga, dan spend time dengan orang tersayang, sebab itu je masa yang ada untuk kita manfaatkan bersama keluarga. Sabtu ahad adalah hari institusi kekeluargaan, jadi memang tak boleh kacau.
— anep (@hanifjamals) January 8, 2020
Susulan itu, ramai yang terhibur. Namun begitu, ada juga yang geram setelah membaca perkongsian tersebut.
aku baca jugak sampai habis walaupun dah boleh agak kesudahan dia camne
— Sheldon CooPaul (@liffmuq) January 8, 2020
aku baru nak cakap apelancau tapi bila fikir2 balik banyak jugak logik bangangnye tpi logik . jumaat ptg tu boleh singgah beli barang dapo brgsjk ke
— امي (@amiiiiiiiie_) January 8, 2020
aku nak jgk baca thread ni padahal dh thu si anep ni xpernah nak serius hahahaha made my day lah
— rien (@qrienbell) January 8, 2020
Kesimpulannya, apa yang cuba disampaikan ni?
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
All copyrights for this article are reserved to DIY
Leave a Reply