Jom cuba hasilkan resepi bakwan yang lazat dan dijamin mudah ini!

Cover image via
Siti Khajar

Bakwan merupakan sejenis snek petang dari Indonesia yang seakan sama seperti cucur udang atau bilis tetapi mengandungi lebih banyak sayuran
Kerangupan snek ini membuatnya sesuai dinikmati sebagai snek petang. Bakwan juga sangat mudah untuk disediakan kerana resepi ini hanya menggunakan bahan-bahan dapur yang murah dan senang untuk didapati.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh mengubahsuai resepi ini dengan menggunakan apa-apa sahaja bahan yang terdapat di dapur anda. Jom cuba? 😀
Untuk resepi bakwan yang ringkas dan dijamin crispy, ikuti perkongsian pengguna Facebook Siti Khajar yang telah mendapat sebanyak 5k shares!
Antara bahan yang diperlukan adalah:
Bahan bakwan

2 cawan tepung gandum

1 sudu tepung beras

4 sudu tepung pedas (jenama Bestari)

½ cawang udang geragau kering

1 biji telur (optional)

Sedikit garam

Sedikit serbuk kunyit

Air dan ais batu (mengikut cita rasa anda)

1½ cawan lobak merah (diparut)

1½ cawan tauge

1½ cawan hirisan kobis

5 tangkai daun kucai

1 labu bawang besar (dihiris kasar)

Bahan sos pencicah

2 biji lada merah

1 ulas bawang putih

½ sudu gula pasir

Ikuti cara membuatnya pula:
1. Gabungkan tepung gandum, tepung beras, tepung pedas, udang geragau kering, telur, garam dan serbuk kunyit.
2. Seterusnya, masukkan air dan ais batu mengikut cita rasa anda. Pastikan tidak terlalu pekat atau terlalu cair.
3. Gaulkan sehingga sebati.
4. Kemudian, masukkan sayur-sayuran seperti lobak merah, taugeh, kobis, daun kucai dan bawang besar. Gaul rata.

5. Panaskan minyak dan cedokkan adunan bakwan menggunakan sudu sahaja.

6. Gorengkan sehingga perang keemasan dan rangup. Angkat dan toskan.

7. Untuk sos pencicah, tumbukkan lada merah, bawang putih, gula pasir sehingga lumat.
- Gabungkan 4 sudu cili sos dengan 4 sudu air panas.
Apabila bakwan sudah siap, inilah hasilnya. Rangup dan lazat! Jangan lupa untuk hidangkan bersama sos cili. 😀
Dapatkan banyak lagi resepi best di sini:
All copyrights for this article are reserved to DIY
Leave a Reply