Cover image via
Twitter @aishahariffin22

Tak dapat bayangkan perasaan ahli keluarga apabila salah seorang daripada mereka disahkan positif Covid-19
Situasi Covid-19 yang kian meruncing di Malaysia semakin menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat.
Bukan setakat bimbang terhadap wabak itu sendiri, tetapi pesakit yang disahkan positif barangkali tidak akan dapat bertemu dengan mana-mana ahli keluarga sepanjang tempoh kuarantin.
Dan jikalau pesakit disahkan meninggal dunia disebabkan wabak berkenaan, ahli keluarga tetap tidak dapat bertemu dengan pesakit, malah upacara pengkebumian juga perlu dijalankan secara tertutup.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Facebook
Jadi, boleh bayangkan tak bagaimana perasaan gadis ini yang perlu berhadapan dengan situasi tersebut?
Seorang gadis yang bernama Aishah menceritakan detik pilu di mana dia sekeluarga menggigil setelah mendapat tahu bahawa bapanya disahkan positif Covid-19.
“Menggigil satu badan bila dapat tahu abah positif Covid-19,” tulisnya.
“Tak selera nak makan, tak tahu nak buat apa, termenung. Tambah gigil bila tengok abah naik ambulans.”
Menurut Aishah, seluruh ahli keluarganya perlu menjalani saringan Covid-19
Aishah pada masa yang sama turut mendoakan agar mereka sekeluarga mendapat keputusan yang baik dalam ujian saringan tersebut.
“Satu keluarga pergi buat ujian. Semoga keputusan baik-baik saja. Doakan abah cepat sembuh,” tulis Aishah lagi.
Tweet Aishah itu telah mendapat 37 ribu ulang kicau ketika artikel ini ditulis. Lihat perkongsian penuh di bawah:

Menggigil satu badan bila dapat tahu abah positive covid-19. Tak selera nak makan. Tak tahu nak buat apa. Termenung. Satu family pergi buat test. Semoga result baik2 saja. Tambah gigil tengok abah naik ambulance. Doakan abah cepat sembuhh pic.twitter.com/Yw1bmD9CNV
— عائشه (@aishahariffin22) March 18, 2020

Susulan itu, ramai netizen turut mendoakan keselamatan dan kesejahteraan Aishah sekeluarga:

Semoga abah awak cepat sembuh ya, stay strong sis
— Sofea #StayAtHome (@sfeanrdin_) March 18, 2020

Syafakallah, banyakkan selawat. 1 selawat ke atas Nabi, Allah akan selawat 10 kali ke atas kamu. Selawat = ucap selamat. Jika Allah kata selamat la kamu, maka selamatlah kita.
— AzmanHaj (@azmanhaj) March 19, 2020

Stay strong gurl , i know that ur abah is org yg baik baik thats why dia join tabligh and thats why Allah give ur abah this kind of ujian !! Because you and ur family stronggg and can survive thisss
— Qelahhh (@aqlhfrsyaa) March 18, 2020

Allahu, semoga Aishah sekeluarga dibebaskan daripada wabak Covid-19. Sama-sama kita doakan.
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in:

All copyrights for this article are reserved to DIY
Leave a Reply