Selain terhibur, rata-rata netizen merasakan bahawa idea tersebut sangat bagus dan harus digunapakai lebih-lebih lagi pada saat-saat genting ini.

Cover image via

Berikutan dengan penularan wabak Covid-19, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sering memberi peringatan kepada orang awam agar mengambil langkah berjaga-jaga
Selain topeng muka, penggunaan hand sanitizer juga dilihat mampu bertindak sebagai 'perisai' bagi melindungi diri daripada dijangkiti wabak itu.

Gambar adalah sekadar hiasan.
Image via Google
Bukan itu sahaja, ekoran wabak Covid-19 ini, orang ramai turut dinasihatkan untuk tidak menganjurkan atau menghadiri sebarang perjumpaan atau majlis keramaian demi mengelak diri daripada dijangkiti.
Meskipun begitu, KKM tetap telah mengeluarkan panduan penganjuran majlis yang boleh diamalkan baik kepada tuan rumah mahupun tetamu jemputan.
Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook, Dk Zeemah Hamzah, telah memuat naik video kaedah baharu untuk bersalaman bagi mengelak terkena virus Covid-19 di majlis perkahwinan
Dipercayai, video ini dirakam dalam satu majlis perkahwinan yang berlaku di Brunei. Video yang sama ini kemudiannya telah dikongsikan semula oleh seorang lelaki menerusi laman Twitter.

Menerusi video itu, dapat dilihat pengantin lelaki bersalaman dengan tetamu yang hadir, namun, yang lebih menarik perhatian ramai adalah pengantin lelaki tersebut diekori oleh seorang lagi temannya sambil membawa sebotol hand sanitizer.

Lelaki yang berbaju biru tersebut ditugaskan untuk menuangkan hand sanitizer kepada para tetamu, sejurus sahaja bersalaman dengan pengantin lelaki berkenaan.

Ternyata, video singkat yang berdurasi hanya 10 saat itu telah berjaya meraih perhatian warganet
Selain terhibur, rata-rata mereka merasakan bahawa idea tersebut sangat bagus dan harus digunapakai lebih-lebih lagi pada saat-saat genting ini.

Antara komen menarik dari warganet:

Bila kau nak jaga silaturrahim, dalam masa yg sama nak jaga kesihatan.
— M. Faizal (@faizkecewa) March 12, 2020

Renjis renjis dipilis, ditepungilah tawar, hai beras kunyit ditabur, disirami sanitizer.
— Nepp (@hanief_ramli) March 12, 2020

Fakk.. Aku mcm makcik2 protokol.. Jaga adat majlis kawen... Fakk.....
— Ayah Chik should have not (@gwasteady) March 12, 2020

kalau biasa org renjis guna air mawar. trend masa covid-19, sembur pakai sanitizer.adat dikekalkan, cuma dgn teknik yg 'lbh selamat'.
— 4mat3ra5u (@drac4ry5) March 12, 2020

hahaa ya, hope malaysian can learn something from this.
— خيرالبذلي (@bazlinj) March 12, 2020

Semoga majlis-majlis perkahwinan selepas ini berjalan lancar dan bebas wabak, serta para tetamu dan mempelai kekal sihat walafiat.
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
All copyrights for this article are reserved to DIY
Leave a Reply