Kena bijak pilih masa yang sesuai kerana tiket Skybridge ini sangat terhad.

Cover image via
Twitter @twitervirall

Menara Berkembar PETRONAS sememangnya sudah terkenal di persada antarabangsa dan merupakan antara mercu tanda Malaysia
Juga dikenali sebagai Kuala Lumpur City Centre atau KLCC, menara yang mempunyai 88 tingkat ini dibina diatas tapak seluas 40 hektar di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur yang direka oleh arkitek Cesar Pelli dan telah siap pembinaan pada Mac 1996.

Dua menara ini dihubungkan oleh jejantas udara yang menjadi tarikan pengunjung apabila bertandang ke KLCC. Pastinya ramai akan berasa teruja untuk melintasi jejantas udara dikenali sebagai The Skybridge KLCC ini, seterusnya melihat panorama kota raya Kuala Lumpur dari tingkat 41 menara berkenaan.

Buat yang berminat untuk naik ke Skybridge ini, akaun @twitervirall di laman Twitter telah berkongsikan beberapa tips dan tricks yang anda boleh ikut!
Membuat perkongsian dalam bentuk rangkaian tweet, akaun tersebut turut menyatakan panduan keseluruhan menaiki Skybridge termasuklah harga dan cara membeli tiket serta aktiviti yang terdapat di tingkat berkenaan.
Baca perkongsian penuh di bawah:
Menerusi tinjauan di ruangan reply rangkaian tweet tersebut, ramai warganet yang pernah menaiki Skybridge turut berkongsikan pengalaman mereka berada di atas sana
Rata-rata telah berkongsikan gambar serta video mereka menaiki Skybride Twin Tower.

Bukan itu sahaja, ada juga yang telah berkongsikan tips dan tricks lain untuk menaiki Skybridge.

Siapa suka sunset tu boleh masuk time slot kul 6PM/6:15pm sebab by the time korg sampai level 86, time tu waktu cantik utk tgk sunset
— (@farinahfarlise) December 31, 2019

Park kat the zon hotel after 6pm for a cheaper option. Jalan kaki sikit je
— XishXrXsnX (@PnutButterShake) January 1, 2020

Guys nk tambah.. klau hang STUDENT.. dapat lagi murah 4 rggt dri hrga mykad which is only rm24.. So JGN LUPE bawa KAD MATRIK + IC skali sebar2 kan
— mrs (@annaidora) December 31, 2019

Tahu tak jambatan ini juga merupakan jalan keluar pekerja di menara KLCC sekiranya bangunan mereka terbakar atau ada kecemasan besar?
Kalau di tempat lain, tempat menyelamatkan diri selalunya di kawasan lapang seperti padang bola atau tempat letak kereta, tapi di KLCC, anda lari ikut jambatan untuk pergi ke menara sebelah.
Menarik, bukan?
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Jom singgah Muzium Penjara di Melaka untuk merasa pengalaman sebenar duduk dalam penjara!
All copyrights for this article are reserved to DIY
Leave a Reply