Tak tahu lah nak kasihan atau nak gelak.

Cover image via
Twitter @YanaNasuha

Isu mengenai memandu tanpa lesen bukanlah satu perkara baru di Malaysia. Boleh dikatakan saban hari ada sahaja kes saman melibatkan perkara ini terutamanya di kalangan golongan muda.
Walaupun tahu ia salah di sisi undang-undang dan boleh dijatuhkan hukuman, masih ramai yang berdegil dan melakukan perbuatan tersebut. Bila ditahan dengan pihak berkuasa barulah menyesal dan cuba merayu supaya dilepaskan.
Akan tetapi, ada juga kes di mana mereka cuba lari daripada ditahan pihak berkuasa. Jika bernasib baik, dapatlah menyelamatkan diri. Namun, ada juga yang tidak berjaya dan yang lebih teruk terlibat pula dengan insiden seperti kemalangan dan lain-lain.

Gambar sekadar hiasan.
Image via FMT
Baru-baru ini, tular satu video di laman Twitter menunjukkan seorang remaja cuba meminta simpati pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melepaskannya setelah ditahan
Video berdurasi 30 saat itu dikongsi oleh Yana Nasuha di laman Twitter miliknya dan setakat artikel ini ditulis telah mendapat 25.5 ribu ulang kicau dan 20 ribu tanda suka.

Susulan itu, ramai yang memahami ketakutan remaja tersebut. Mereka juga turut mengatakan bahawa ‘mak’ lebih menakutkan daripada pegawai JPJ.

maksud dia, mak dia lagi menakutkan drpd jpj
— sHEn (@aaaishen_) January 23, 2020

Ketahuilah wahai rakyat Malaysia. Tak kisah lah anda JPJ, Polis, Cikgu, penjawat awam atau apa pun kerja yang ada kuasa autoriti, sesungguhnya, Mak ialah orang paling berkuasa dan di geruni oleh anak anak
— Naz ! (@OfficialNazir_l) January 23, 2020

Aku kena saman masa f5. Aku pendam setahun lebih tak habaq kat mak . Pastu bila aku kerja dapat gaji first baru aku bayar saman. Lepastu bagitau dekat mak. Alhamdulillah dia terima dengan hati yang terbuka. Kalau aku habaq masa f5 dulu aku rasa separuh mati aku kena dengan dia
— TangSri (@aididahmad_) January 23, 2020

Daripada kisah ini. Saya menyimpulkan bahawa mak kita lebih seram daripada polis/jpj...
— TangSri (@aididahmad_) January 23, 2020

Segangster mana pun kau, tetap takut jugak kena marah dengan mak. 9 bulan kot dia usung kau ke hulu ke hilir. Memang wajib kena hormat la.
— Asraf Ahmad (@AsrafAhmad19) January 23, 2020

hahahaahahahha mak marah lagi teruk dari abang jpj
— حاكيمي ابراهيم (@hakimiibrahim_) January 23, 2020

Fuh.. setakat tupperware hilang pun dah cuak gila. Ini apatah lagi kena saman. Aura dia lain maciam..
— ArqFan (@arfnpan) January 23, 2020

Mak lagi berkuasa dari jpj wei.. Adoii dekk.. Klakar lah hang.. Baru hang tau kuasa mak tu mcm mana.. Klw hang adik aq, mmg kena bahan jelh wei..
— Hanna Maverick (@HannaMaverick87) January 23, 2020

Selain itu, ada juga yang meninggalkan komen terhibur dengan reaksi remaja tersebut

Ayat last dari abam polis tue made me lol .. "bukan kita nak sebat bontot ke apa.. "
— AchahaKin (@AchahaKin) January 24, 2020

yang lawaknya dia boleh berhenti tolak moto "bang bang bang" nak cakap apo lagi tu
— trisyiaaaa (@dyanatrisyiaa) January 23, 2020

Lawak juga eh kalau lelaki takutt hahahahahahhah Suara dia bunyi mcm ni"Bang jgn lah bang nnti mak saya marah"
— ASTILLA_ (@castieyllo) January 23, 2020

Alahhh kelakar dik.... Tkot mak marah.. mcm kau boleh terlepas keluar rumah..
— Ain_Izad (@ainizad14) January 23, 2020

Alahai, semoga adik itu dapat pengajaran daripada pengalaman itu. Apa-apapun, anda semua haruslah mempunyai lesen yang sah jika ingin memandu di atas jalan raya ya!

Gambar sekadar hiasan.
Image via Google
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
All copyrights for this article are reserved to DIY
Leave a Reply