Bulan puasa salah satu aktiviti yang menjadi kegemaran saya adalah dengan menonton rancangan masakan. Oleh kerana itu aktiviti saya apabila melayari Internet adalah mencari program – program masakan untuk ditonton dan sedikit sebanyak memberi dorongan kepada saya untuk mencuba sesuatu masakan yang baru.
Disini saya ingin berkongsi sebuah program masakan yang bergenre Adventure yang di hoskan oleh seorang tukang masak yang berasal dari Singapura.