Penawaran diskaun secara online ini memberi peluang dan pendedahan kepada orang ramai untuk melangsaikan saman mereka dengan cara yang lebih mudah dan pantas.
Cover image via
Google
Buat pengguna jalanraya yang mempunyai tunggakan saman, masanya telah tiba untuk anda melangsaikan saman trafik anda dengan tawaran diskaun masa terhad ini
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menawarkan potongan diskaun khas untuk saman trafik sebanyak 50 peratus bermula dari 18 Januari sehingga 1 Februari ini.
Bagaimanapun, menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, penawaran diskaun yang cuma ditawarkan secara dalam talian atau online sahaja.
Hal ini untuk memberi peluang dan pendedahan kepada orang ramai untuk melangsaikan saman mereka dengan cara yang lebih mudah dan pantas.
Para pengguna jalan raya boleh membayar saman trafik secara dalam talian melalui laman web MyEG atau Rilek
Hanya dengan adanya internet, anda boleh membuat pembayaran saman polis secara atas talian di mana dan pada bila-bila masa sahaja.
Langkah-langkah menggunakan portal MyEG:
Portal MyEG
Image via MyEG
- Layari laman sesawang MyEG dan mendaftar.
- Log masuk dengan maklumat pendaftaran anda tadi.
- Pilih pautan Polis Diraja Malaysia.
- Pilih SEMAK & BAYAR SAMAN PDRM.
- Seterusnya pilih/masukkan maklumat untuk semakan, saman yang ingin dibayar, pilihan bayaran.
Langkah-langkah menggunakan portal Rilek:
Portal Rilek.
Image via Rilek
- Layari laman sesawang Rilek dan mendaftar.
- Log masuk dengan maklumat pendaftaran anda tadi.
- Pilih menu Search By dan pilih cara buat semakan.
- Seterusnya pilih/masukkan maklumat anda, dan klik Next.
Jangan lepaskan peluang ini sekiranya anda masih mempunyai saman yang belum diselesaikan!
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
All copyrights for this article are reserved to DIY
Leave a Reply