Beliau dipercayai telah jatuh pengsan beberapa kali kerana terlalu letih sebelum ini kerana membincangkan hal-hal berkaitan krisis penularan Covid-19 di negaranya.
<small>
Cover image via
Berita Harian
</small>
Berikutan kes penularan wabak Covid-19 yang kian berleluasa di seluruh dunia sehingga hari ini mengundang kebimbangan pihak atasan, terutamanya Menteri Kesihatan di sesebuah negara tersebut
Tambahan pula, sehingga kini lebih 8,000 kematian dicatatkan di seluruh dunia akibat pandemik Covid-19 berdasarkan jumlah rasmi daripada data AFP.
Keadaan kesihatan di seluruh dunia hari ini ternyata memberi impak mendalam kepada setiap individu termasuklah Menteri Kesihatan yang ditugaskan untuk mengawal krisis penularan Covid-19 ini
Kes ini juga telah membuatkan tahap kesihatan Menteri Kesihatan Belanda, Bruno Bruins, semakin tidak baik dan terlampau letih.
Menurut laporan, Bruno telah meletakkan jawatan selepas jatuh pengsan akibat keletihan pada sesi perbahasan ketika sedang membincangkan mengenai penularan wabak Covid-19 ini. Beliau yang dikatakan bertanggungjawab bagi menangani penularan wabak itu telah jatuh pengsan dan terpaksa dipapah keluar ketika sedang berucap.
Kejadian berlaku pada Rabu, 18 Mac ketika di Parlimen.
Pihak istana turut memaklumkan peletakan jawatan Bruno diterima dan baginda turut berterima kasih atas perkhidmatan penting yang diberikan selama Bruno bertugas sebagai Menteri Kesihatan
Sementara itu, Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte menjelaskan bahawa peletakan jawatan Bruno adalah kerana tidak pasti berapa lama masa yang diperlukan olehnya untuk kembali pulih. Ini kerana keadaan buat masa kini memerlukan seorang menteri yang sentiasa bersedia untuk bertindak dengan segera.
Ini kerana sebelum ini Belanda telah menerima kritikan dalam usaha negara itu yang dilihat lambat dalam menangani penularan Covid-19.
Sehingga hari ini, Belanda merekodkan sebanyak 2,460 kes termasuk 76 kematian.
</p>
Susulan itu, Timbalan Perdana Menteri negara tersebut, Hugo de Jonge bakal mengambil alih tugas Bruno sehingga pengganti baru dilantik sebagai Menteri Kesihatan.
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
<h3>You may be interested in:</h3>
All copyrights for this article are reserved to DIY
Leave a Reply