Ya saya ada terjumpa resepi daging goreng yang dikongsi oleh rakan – rakan facebook. oleh kerana saya juga peminat daging, saya kongsikan juga resepi Daging kaprau diblog cukup makan ini. Jom baca apakah bahan – bahan dan cara untuk menghasilkanya.
Bahan-bahannya:
Daging yang telah diperap dengan Pes Tomyam Adabi selama setengah jam
Bawang besar yg dipotong 8 (asingkan separuh-separuh)
Cili api yang ditumbuk
Sesudu sos cili thai dan sesudu kicap manis
Daun limau purut (dihiris kasar)
Sedikit gula
Cara-cara membuatnya:
1. Tumis separuh bahagian bawang besar dan cili api sehingga garing.
2. Kemudian, masukkan daging yang telah diperap, masakkan sampai daging kecut dan air daging pun dah kering.
3. Lepas itu, masukkan sos cili thai, kicap manis dan daun limau purut, kacau rata.
4. Masukkan sedikit gula…. Dah siap….
NO[attr style=”width:20px”],TAJUK BUKU,HARGA,TAWARAN ISTIMEWA
1, Resipi Sihat & Mudah: Sarapan & Minum Petang, RM15.00 ,BELI SEKARANG
2, Senangnya Memasak Kuih Kukus & Minum Petang,RM15.00,BELI SEKARANG
3, Resipi Sihat & Mudah: Makan Tengah Hari & Malam,RM15.00,BELI SEKARANG
4, 44 Resipi Kek & Biskut,RM15.00,BELI SEKARANG
5, Idea Bekal ke Pejabat – Menu Asia,RM15.00,BELI SEKARANG
[/table]
Leave a Reply