Jom kita mencuba resepi Teh Ais Tiga Layer, Manalah tahu ia lebih sedap apabila kita membuat nya sendiri.
Bahan-bahan (2 gelas)

gogle image
- 3 ucang teh
- 3 keping gula melaka
- 1/2 tin susu cair
- Sedikit air
- Ais
Cara-cara
- Bancuh teh uncang dengan air panas dan biarkan seketika.
- Cairkan gula melaka dalam periuk dengan sedikit air. Kacau hingga gula melaka hancur dan sebati.
- Masukkan air gula melaka ke dalam gelas dan sejukkan seketika.
- Masukkan ais ke atas lapisan gula melaka. Kemudian masukkan susu cair dengan perlahan-lahan.
- Masukkan air teh dengan perlahan-lahan. Siap untuk diminum!
- Sila kurangkan gula melaka kalau tak suka manis. Boleh juga nak tambah teh uncang supaya lapisan teh lebih pekat..
Nota:
Resepi ini saya kongsi daripada paparan muka buku saya.
Anda mahu memulakan bisnes air balang , atau mahu belajar membuat air super sedap untuk keluarga, Jika mahu anda boleh melayari Rahsia Resepi Bisnes Air.
lama rasanya tak minum teh ais tiga layer ni.
Pernah rasa air 3 layer ini. Tak susah hendak buat apabila rahsia penyediaan sudah terbongkar.