Rindu yang tak berpenghujung.

Cover image via
Twitter @Anne_mokhtar

Impian setiap ibu bapa adalah untuk melihat anak mereka membesar di depan mata

Gambar sekadar hiasan.
Image via Bidadari
Ketahuilah bahawa anak adalah harta yang paling berharga untuk setiap ibu bapa di dunia ini. Malah, saat mereka dilahirkan sudah memberi kegembiraan dan kebahagiaan buat mereka.
Namun begitu, tidak semua orang mempunyai peluang untuk melihat anak membesar di depan mata, tidak sempat untuk melihat anak berjalan buat kali pertama, bercakap, berlari dan sebagainya.
Bukannya tidak mahu tapi tidak berdaya untuk menolak ketentuan Ilahi. Maka, membesarlah anak tanpa mengenali insan yang bergelar ibu atau bapa di sisi.
Seorang warga Twitter iaitu Anne Mokhtar berkongsi video anak buahnya yang kini berusia 5 tahun melawat kubur bapanya, baru-baru ini.
Setakat artikel ini ditulis, video berdurasi satu minit 21 saat itu telah mencecah tontonan sehingga 334.9 ribu orang dan mempunyai retweets sebanyak 22.5 ribu serta 28.5 ribu likes.

Lihat video penuh di bawah:

My brother passed away 3 years ago, when adlina just turned 2. She was her ayah’s lil girl. It was a tough moment for us. Today, adlina visited her ayah again cause she misses him. Al-fatihah pic.twitter.com/Ln0MEfoLyC
— Kitty (@Anne_mokhtar) February 12, 2020

Bahasa:
“Abang saya meninggal dunia tiga tahun lalu semasa Adlina baru berusia dua tahun. Dia adalah anak ayah. Kehilangan abang sangat sukar buat kami sekeluarga. Hari ini Adlina melawat kubur ayahnya kerana dia merinduinya,” tulisnya.
Video itu nyata mengundang sebak warganet terutamanya ketika si kecil mengatakan “Ayah tak keluar pun?”

Sedihnya part dia cakap “tapi ayah tak keluar pun”
— sawi (@ssysra) February 12, 2020

Sampai dekat part ‘tapi ayah tak keluar pun’
— Pipit (@Eykinismail91) February 12, 2020

Part " Ayah tak keluar pon"Gugur air mata jantan aku
— #PakcikHage (@HafizZulkeflee) February 12, 2020

Mata i pun masuk habukYang part "Umi nangis ke?" Ya Allah. Sedih sangat. Semoga besar nanti Adlina jadi wanita yg hebat, wanita yg baik2, anak solehah yg boleh bangga kan umi dgn ayah
— Aliya (@_aliarose_) February 12, 2020

Dalam pada itu, ramai yang mengerti perasaan anak kecil yang merindui ayahnya kerana pernah berada di situasi sama

30 Sep 2013, I was 18yrs old masa tu and i hilang uncle kesygngan i. Sakit kehilangan tu trasa sampai skrg.Bila rindu dia tahu2 air mata mengalir je. I hilang my uncle but this lil girl hilang seorg ayah. Its hurt but u need to grow up and be a strong girl jadi ank yg soleha okk.
— Riyanabilla (@riyanabilla) February 12, 2020

ingat lagi hari ummi tinggalkan kami semua kakak suruh adik (baru darjah 1) makan lauk yang ummi masak sebab ummi jatuh pgsan selepas dia masak jadi lauk lauk tu tak disentuh lagi. kakak cakap 'adik makanla laukni lepasni tak boleh makan dah lauk ummi masak '
— qdjahhslan (@ehytic) February 12, 2020

Mata sy pun masuk habuk jugakk . my anak buah pulak bila pergi ke kubur arwah atuknya mesti akan tanya " haziq dah baca doa tapi atuk tak bangun pun.."" kenapa atuk tido dlm tanah mesti atuk sejuk""Kalau baca doa atuk mesti suka kan"Dia paling rapat dgn arwah atuknya
— T I N I E (@tinieamzah) February 12, 2020

KENAPA BUAT NANGIS NI I feel you adik, I miss my ayah too. Al fatihah kepada semua ayah ayah yang dah takde. Semoga mereka semua ditempatkan di syurga, Aamiin.
— elysian (@LAfryna_) February 12, 2020

The way she said 'ayh tak keluar pown'..same like me..my father passed away when im in 2y..n my mom bgtau..ble org kampung bwa jenazah arwah ayh nak kebumikan..i tnye,mne dorg nak bawak ayah..now, im 29y n i still miss him soo muchh..
— _ (@leeyanahanif) February 12, 2020

Allahu, berat mata memandang tapi berat lagi bahu yang memikul. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat insan tersayang yang sudah tiada.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Google
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
All copyrights for this article are reserved to DIY
Leave a Reply