Cover image via
Daily Express
Google

Isu melibatkan pemandu mabuk ini sudah lama disuarakan oleh rakyat. Malah, sering kali mereka menggesa agar tindakan ketat dikenakan buat mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol ini.

Perasan atau tidak korang banyak kemalangan yang menyebabkan pemandu mabuk kerajaan sekarang please prihatin mohon sangat sangat takkan kita nak tengok manusia tu mati berjemaah baru ada respon please "TAK SAYANG NEGARA KE ?" pic.twitter.com/AytBEfN0VG
— Adianashrafkacakz (@4shrf2) February 13, 2020

Tambahan pula, kes kematian melibatkan pemandu mabuk ini sering dilaporkan media namun rakyat melihat bahawa tiada tindakan tegas dikenakan terhadap pemandu mabuk nyata menaikkan kemarahan ramai.
Selain itu, banyak juga video dan foto yang dikongsi di media sosial melibatkan kes-kes pemandu mabuk ini membuatkan orang ramai risau akan keselamatan mereka ketika berada di atas jalan raya.

The scariest thing that i wish to avoid during night drive is drunk driver. Dah dua kali aku terserempak pemandu mabuk.
— ْ (@ffstengs) February 6, 2020

I come across this "maut dirempuh pemandu mabuk" news every week and I just wanna say a pemandu mabuk deserves to be sentenced to death for killing others while they "have fun". https://t.co/LynAbj8m6a
— asha (@ashaarauf) February 11, 2020

Melihatkan situasi ini, Kerajaan umumkan akan meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengenakan hukuman lebih berat bagi kesalahan memandu secara berbahaya dan di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian
Memetik laporan Berita Harian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Liew Vui Keong, berkata pindaan undang-undang itu membabitkan denda lebih tinggi, termasuk hukuman penjara sehingga 20 tahun terhadap pemandu mabuk.
“Kementerian Pengangkutan akan meneliti pindaan akta berkenaan kerana penguatkuasaan dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Secara prinsipnya, kerajaan bersetuju dengan penggubalan akta itu kerana pihak yang bertanggungjawab menyebabkan kematian perlu menerima hukuman yang setimpal,” katanya.
Tambahnya lagi, akta sedia ada tidak mencukupi dan pihak yang bertanggungjawab mengakibatkan kematian perlu menerima hukuman yang setimpal
"Pada masa ini pesalah jalan raya yang memandu secara berbahaya dan di bawah pengaruh alkohol dikenakan hukuman di bawah kesalahan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun serta denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM20,000," katanya lagi.

Sementara itu, walaupun warganet bersetuju dengan pindaan akta itu namun kebanyakan mereka mahukan hukuman yang lebih berat dikenakan terhadap pemandu mabuk ini

Pemandu mabuk penyebab kematian mmg deserve penjara 20 tahun. Tp kenakan hukuman yg bt org fikir 100x nk mabuk2 iaitu pesalah diarahkan menanggung belanja hidup keluarga si mati sebanyak RMxxx sekepala selama 20 thn atau bg bayi kecil sehingga anak itu abis belajar
— AroneXcell (@AroneXcell) February 14, 2020

Aku rasa, pemandu mabuk yang langgar mati ayah kepada 5 anak tu, dia patut bagi pampasan berbentuk 'gaji' RM2500 bulan2 sampai semua lima2 anak tu dah cukup 18 tahun. Memang tak boleh ganti nyawa ayahnya tu tapi sekurang2nya income keluarga tak terputus. Pendapat aku jelah tapi.
— كماليه (@Lyeahh) February 14, 2020

Klu dpt suruh pemandu mabuk tersebut bayar/ menanggung kos perubatan n pampasan kepada mangsa
— Ramòn Addy (@ramon_addy) February 14, 2020

Cerita pemandu mabuk hingga akibatkan kematian... Kita cipta kereta dual gear auto n manual dan pasang alat pengesan alkohol dlm kereta yg disambungkan kpd database system polis trafik dan jika detected system auto control activated dan ada tanda diluar kereta pemandu mabuk
— Syed Ballchan Al-Qasimi (@Broballchan) February 13, 2020

Aku rase perfileman malaysia kene ade satu cerita yg menggambarkan keadaan ahli keluarga mangsa yang dilanggar pemandu mabuk, yg sampai bole buka mata kerajaan utk bg keadilan dan pinda secepatnya undang-undang utk pemandu mabuk. Harapnya ade pampasan utk ahli keluarga
— Gëñéřâł Ĺèñgłöÿ (@malisa_abdih) February 13, 2020

Moga-moga dengan pindaan akta ini akan mengurangkan kes memandu di bawah pengaruh alkohol ini.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Google
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Banyak sangat kes melibatkan pemandu mabuk:
All copyrights for this article are reserved to DIY
Leave a Reply