Cover image via
Twitter @Edlinsyazrin
Tahukah anda apa itu program larian merentas desa?
Larian ini merupakan salah satu acara tahunan yang wajib dijalankan semasa sesi persekolahan bermula di mana para pelajar dikehendaki berlari sejauh lima hingga 10 kilometer.
Selain itu, merentas desa juga merupakan pembuka acara sukan tahunan yang akan dijalankan kelak. Namun begitu, mereka yang memiliki masalah kesihatan boleh dikecualikan daripada menyertai larian tersebut.
Gambar sekadar hiasan.
Image via Google
Terbaru, tular di laman Twitter menunjukkan foto seorang ayah yang menemani anaknya semasa larian merentas desa
Foto tersebut dikongsi oleh pengguna Twitter yang dikenali sebagai Edlin Syazrin dan setakat artikel ini ditulis telah mendapat lebih 15 ribu ulang kicau dan 20.3 ribu tanda suka.
“Aawhh sweetnya ayah dia temankan anak dia merentas desa lepastu bagi semangat sampai tolak motor semata mata tak nak anak dia putus asa aaa im crying semoga budak tu jadi anak yang soleh,” tulisnya.
Sementara itu, di ruangan komen kelihatan warganet turut berkongsi pengalaman sama semasa larian merentas desa
My dad pernah buat macamni. Terasa cam “wow. Sayangnya ayah aku kat aku.” Tapi, sebenarnya bapak aku polis yg dipanggil untuk jaga jalan waktu tu. Supaya budak budak sekolah aku tak kena langgar ke apa. Hahahahahahahahahaha.
— (@cahayabulan__) January 16, 2020
Dulu time sekolah rendah jalan merentas desa tu lalu dpn rumah, pastu my mom tunggu kt gate, pastu dia kata kt i ” dah la lari tu, hang dok 5 last dah, mai balik makan nasi kaih ” hm. Btw i love you mama.
— (@nzhnir) January 16, 2020
Dulu masa merentas desa sekolah rendah memang paling syok, kena lari dalam kebun tempat ayah kerja, kalau ayah lalu dia bawakkan ice cream banyak banyak. Tiba tiba ramai pulak kawan timetu sebab diorang pun nak ice cream
— cutepotato (@intan_shazwany) January 17, 2020
Oleh sebab merentas desa lalu depan rumah aku, jadi parents aku dah siap2 sediakan air n makanan untuk aku n kawan2.. Hehe
— abdul munir (@abdulmunir259) January 16, 2020
ayah aku dlu dia duduk depan gate sekolah bg semangat kat anak eh so sweet . rindu gila masa sekolah
— (@eemyshahiraa) January 16, 2020
Dalam pada itu, ada juga netizen yang turut meluahkan rasa terharu melihatkan foto-foto tersebut
I hope i can be a good father like this. Hahaha…
— Felix Agustus (@FelixAgustus) January 17, 2020
Inilah bukti kasih seorang bapa terhadap anaknya!
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
All copyrights for this article are reserved to DIY
Leave a Reply