Beware semua, terutamanya wanita yang suka menyimpan barangan bahaya di dalam kenderaan.

Cover image via
Twitter @ayuazizz

Untuk mereka yang memiliki kenderaan, terdapat perkara perlu diambil kira termasuklah penjagaan luaran dan dalaman kenderaan tersebut
Penjagaan serta penyelenggaraan yang tidak rapi akan mengakibatkan kerosakan pada kenderaan dan menyebabkan anda mengeluarkan ratusan malah ribuan ringgit bagi menampung kos baik pulih.
Sebab itulah sebagai pemilik kenderaan, anda perlu mengetahui cara terbaik untuk memastikan kenderaan anda sentiasa berada di dalam keadaan yang baik dan terpelihara.
Namun begitu, ramai yang mungkin ‘terlepas pandang’ untuk turut memastikan bahawa kenderaan juga perlu sentiasa berada dalam kondisi yang selamat
Ia adalah termasuk meletakkan kenderaan di tempat yang kurang panas, selamat serta memastikan ia dikunci dengan steering lock sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Malah, anda juga diingatkan untuk tidak meletakkan barangan yang merbahaya di dalam kenderaan lebih-lebih lagi jika kenderaan anda diletakkan di bawah cuaca yang terlalu panas.
Ini kerana kemungkinan untuk cermin kenderaan anda meletup adalah lebih tinggi.
Seperti kes yang terjadi baru-baru ini telah menyebabkan cermin kereta ‘meletup’ kerana terdapat iron starch yang diletakkan di dalam kenderaan tersebut
Perkongsian itu telah ditulis di laman Twitter @ayuazizz selepas dia menyaksikan kejadian itu sendiri. Pada mulanya dia menganggap bahawa cermin kereta tersebut telah dipecahkan oleh individu yang mungkin cuba untuk mencuri kereta atau barang yang ada di dalamnya.
Namun, apabila disiasat punca sebenar, ternyata ia disebabkan daripada tekanan botol spray yang ada di dalam kenderaan yang diletakkan di bawah cuaca panas.
Baca perkongsian penuh di bawah:
Perkongsian tersebut kini telah meraih lebih 14.2 ribu RTs dan 7 ribu likes ketika artikel ini ditulis.

Di bawah merupakan kondisi kenderaan tersebut selepas cermin pecah:
Susulan kejadian itu, ramai warganet turut memberikan nasihat dan tips berguna untuk mengelakkan perkara seperti ini terjadi:

lagi satu kalau tayar spare kat dalam bonet dah lapuk or botak lepastu selalu berjemur panas buleh meletop, sebab aku pernah kene take a note
— _apitttt (@_apitttzok) February 13, 2020

Even spray pewangi tu pun jangan guys, memang akan meletop kalau panas sangat.Macam kereta my mom cermin belakang pecah sebab macam ni juga
— amiwa.hanna (@hanadanilas) February 13, 2020

sebab ada gas, actually sangat tk sesuai la pakai spray tu, tah video viral mana tah member spray pastu dia turn on lighter habis terbakar dorang sebab gas tu tk keluar dari kereta, better pakai yg jenis jelly tu
— yung cute dadié (@yungchad__) February 13, 2020

any botol spray pun better jgn simpan dlm kereta tgh2 panas.
— Sofina (@sofiey97) February 13, 2020

Tekanan botol spray tinggi, so bila panas tekanan akan meningkat. Kalau botol tu tak tahan tu yg meletup. Kalau nk simpan elakkan dkt tempat panas
— HOMUCULUS (@starborn___) February 13, 2020

even spray biasa pon klau boleh elakkan ...sbb dlm botol spray mengadungi zarah zarah gas..zarah zarah gas bila dia terima sahaja haba dia akan bergerak dgn pantas dan berlanggar antara satu sama lain jdi tekanan akan meningkat dlm botol tersbut dan sterusnya top top meletop...
— k!m (@Hakim92074971) February 13, 2020

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Baca juga tips berguna seperti di bawah:
All copyrights for this article are reserved to DIY
Leave a Reply