Betul ke anda boleh dapat pelbagai info dalam aplikasi Tik Tok ni?

Cover image via
Twitter @magmalaya
Youtube / SAYS

Kalau dengar perkataan Tik Tok, pasti anda semua terbayangkan aplikasi atas talian yang memaparkan video-video yang ‘unik’
Selain itu, video Tik Tok ini juga sering viral terutamanya dari kalangan mereka yang bergelar 'selebriti Tik Tok' membuatkan ramai yang mempunyai persepsi tersendiri mengenai aplikasi tersebut.
Dalam pada itu, jangan terkejut kalau lihat pengguna Tik Tok ini merangkumi semua usia bermula dengan kanak-kanak hinggalah ke warga emas.
Tahukah anda bahawa Tik Tok ini sebenarnya banyak manfaatnya?
Kedengaran pelik tapi ia adalah benar. Lelaki yang dikenali sebagai Faheem ini menjelaskan panjang lebar beberapa manfaat yang orang ramai boleh temui di dalam aplikasi tersebut.

Thread tentang aplikasi Tik Tok yang bukan sekadar tempat users mendapatkan hiburan seperti menari, bermain game jari, menyanyi dengan suara latar yang lucu; Tik Tok lebih dari itu: pendidikan, bisnes, travel, tips kehidupan, nasihat kewangan dan niaga dan banyak lagi manfaat.
— MAG • Faheem (@magmalaya) February 3, 2020

Aku mula aktif main Tik Tok (TT) tahun 2019, sbg seorang pengguna TT yg menetap di China, aku terikut dengan trend pengguna internet lain yg beralih dari Wechat ke TT dan mendapatkan hiburan di sana. Mulanya, banyak accounts yg aku follow adalah hot selling products di online.
— MAG • Faheem (@magmalaya) February 3, 2020

Baca perkongsian penuh di bawah:

Semakin lama aku main TT semakin banyak suggestions dari ia berikan aku content videos yg lebih kepada education instead of entertainment. Ini antara content yg membuka minda aku tentang travel, menceritakan journey beliau travel ke hujung dunia Antartika yg makan kos 5 angka USD pic.twitter.com/R1WZzLwaki
— MAG • Faheem (@magmalaya) February 3, 2020

Content dari user ni memang menarik awesome! Dia katakan bahawa perkara paling bermakna dia belajar sepanjang travel dia ke 7 benua adalah cerita-cerita menarik yg disampaikan oleh masyarakat tempatan, kehidupan yg struggle, kesabaran, passion, memori, hubungan antara manusia.
— MAG • Faheem (@magmalaya) February 3, 2020

Dia katakan bahawa pergi mana-mana sama je, gunung laut tasik rumah, tapi travel buat dia matang dalam menerima kepelbagaian kehidupan manusia, itu yg mendorong dia terus menjelajah dunia, dia nak dengar cerita-cerita menarik orang lain dalam kehidupan.
— MAG • Faheem (@magmalaya) February 3, 2020

Video ni ajar kita macam mana nak berkomunikasi. Bagi konklusi, kemudian sebab, kemudian konklusi, then buat tindakan, then bagi cadangan; video pendek macam ni banyak dekat TT, memajukan orang lain dalam urusan harian dan improve our life. pic.twitter.com/kY7tZXD5p6
— MAG • Faheem (@magmalaya) February 3, 2020

Scooter yg boleh bergerak sendiri pakai phone? Why not? Tendang pun tak tumbang. Banyak videos macam ni dekat Tik Tok, memperkenalkan kepada dunia tentang teknologi baru, bayangkan kita sebagai peniaga terdedah dengan contents macam ni setiap hari, boleh dapat banyak idea! pic.twitter.com/PgSxDZz8O1
— MAG • Faheem (@magmalaya) February 3, 2020

Content kesihatan dan be fit? Of course ada! Untuk lelaki untuk wanita warga tua, semua contents yang related with health pun banyak dijumpai di Tik Tok. Kedudukan mata harus selari dengan tinggi laptop, dekatkan jarak tempat duduk dengan meja supaya elak membongkok. pic.twitter.com/AKAcIW7zsu
— MAG • Faheem (@magmalaya) February 3, 2020

Ajar English sambil beri motivasi? No problem! Contents macam ni bersepah dekat Tik Tok China sebab diorang tahu ramai orang sana nak belajar bahasa asing, jadi diorang permudahkan dekat Tik Tok, apatah lagi bagi anak muda, memang suka tengok video pendek. pic.twitter.com/AuvuvljxtP
— MAG • Faheem (@magmalaya) February 3, 2020

Nak belajar macam mana tengok jenama besar punya kekurangan dalam menghasilkan bags? LV ada masalah dengan minyak tepi, mudah terhakis, simpan resit pembelian, kalau nasib baik, boleh tukar bag baru. Chanel punya tangkai besi tu mudah jadi hitam. pic.twitter.com/XLabDjddjX
— MAG • Faheem (@magmalaya) February 3, 2020

Tips, ilmu, education, semua bentuk contents ada dekat Tik Tok, kau cuma perlu follow accounts yang menghasilkan content seperti itu dan TT akan bagi feeds yg similar, dan kau akan dapat banyak manfaat darinya. Of course, manfaat main TT yag paling besar ialah pic.twitter.com/wwMVhX1kOW
— MAG • Faheem (@magmalaya) February 3, 2020

adalah antara content yg paling power dihasilkan oleh pengguna Tik Tok dalam menjual sesuatu produk. Users akan ke kilang tembikai, ke kedai baju, ke showroom kereta, dan akan buat Tik Tok Live dengan smartphones yang banyak untuk urusan jual beli di Tik Tok.
— MAG • Faheem (@magmalaya) February 3, 2020

Of course jangan risau, account Tik Tok tu sendiri akan lalu dekat suggested timeline kita, memberikan reminder untuk berhenti berehat seketika main phone. Isn't that great? pic.twitter.com/MRUqQKH9CR
— MAG • Faheem (@magmalaya) February 3, 2020

Dia juga sempat meninggalkan pesan kepada mereka yang terlalu bergantung terhadap aplikasi atas talian agar menggunakan kemudahan ini dengan sebaik-baiknya

Dalam banyak-banyak aplikasi phone di China, so far Tik Tok banyak consumed masa aku, tapi aku akan buat yang terbaik untuk belajar dan serap ilmu dari situ, untuk bisnes dan kehidupan, untuk bagi manfaat kepada pembaca lain.
— MAG • Faheem (@magmalaya) February 3, 2020

Banyak contents menarik yg aku tak sempat kongsi di sini. Cumanya, aku tak pasti kalau kau install Tik Tok di Malaysia, adakah kau akan dapat feeds & contents yg sama seperti yg aku dapat. Sebab pernah ada org Malaysia cari akaun Tik Tok China tapi tak jumpa.
— MAG • Faheem (@magmalaya) February 3, 2020

Jadi sampai di sini sajalah thread kali ni, aku memang dapat banyak manfaat belajar dari Tik Tok, harap korang dapat alami perkara yg sama, sebab contents ni semua dapat perbaiki dan improve kehidupan harian kita, pergunakanlah sosial media dengan baik. Thread tamat.
— MAG • Faheem (@magmalaya) February 3, 2020

Tak sangka rupa-rupanya Tik Tok ini mempunyai banyak content lain yang sangat memberi manfaat. Mungkin sesiapa yang nak tambah ilmu, boleh take note ya!
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Ramai sebenarnya yang layan video Tik Tok ni:
All copyrights for this article are reserved to DIY
Leave a Reply