Untungnya jadi jiran Tokti boleh dengar dia menyanyi live tanpa perlu pergi konsert. :D
<small>
Cover image via
Instagram
</small>
Pada mulanya, Perintah Kawalan Pergerakan hanya akan dilaksanakan bermula 18 Mac sehingga 31 Mac. Namun begitu, berdasarkan keadaan yang semakin membimbangkan susulan daripada penularan wabak Covid-19, kerajaan telah memutuskan untuk melanjutkan pelaksanaan PKP ini sehingga 14 April 2020.</p>
Sehingga hari ini, pelbagai jenis aktiviti menarik telah dilakukan oleh warganet untuk menghilangkan rasa ‘bosan’ ketika di rumah.
Tapi bila tengok balik, kreatif juga korang semua ni.
Ada yang buat Dalgona Coffee sampaikan <i>trending</i> satu Malaysia dan hampir semua orang cuba untuk membuat kopi viral ini. Malahan, ada juga yang menyahut cabaran Syed Saddiq untuk buat 'push-ups', dan sebagainya.
Sekurang-kurangnya ada juga aktiviti yang boleh dibuat, bukan?
Bukan setakat itu sahaja, penyanyi tersohor, Dato’ Seri Siti Nurhaliza pun turut serta menghiburkan peminat-peminatnya walaupun hanya di IG Live!
Dato' Siti atau lebih mesra dipanggil 'Tokti' telah membuat IG Live di Instagram miliknya @ctdk hari ini untuk menghiburkan peminat-peminatnya dengan mengadakan konsert mini khas buat mereka yang berada di rumah.
Untungnya siapa yang sempat tengok IG Live Tokti. Bukan senang nak dengar Tokti menyanyi secara langsung kalau bukan di konsert.
Tonton video IG Live tersebut di bawah yang telah dikongsikan oleh pengguna Twitter @IniAlannn:
<blockquote><p dir="ltr" lang="in">Anta Permana versi takdak orang sabotaj microphone Siaran langsung khas dari rumah Tokti sempena Perintah Kawalan Pergerakan pic.twitter.com/pz970DvTeI</p>— JUST STAY AT HOME! DUDUK DIAM-DIAM (@IniAlannn) March 28, 2020</blockquote>
Rata-rata warganet turut memuji suara Tokti, malah ada juga yang fokus kepada penampilan beliau yang sentiasa kelihatan cantik
Tapi apa-apa pun, ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS Seismik:
<h3>You may be interested in:</h3>
All copyrights for this article are reserved to DIY
Leave a Reply