Tahukah anda bahawa gajah sebenarnya perenang yang hebat?

Cover image via
Twitter @Perhilitan

Gajah sering diburu manusia terutama sekali kerana gadingnya. Dipercayai, sesiapa yang mempunyai gading gajah berupaya untuk meningkatkan darjat sosial mereka.
Sejauh mana kebenaran tentang mitos itu tidak diketahui akan tetapi, saban tahun populasi gajah semakin berkurang kerana pemburuan haram ini.
Selain itu, pemusnahan habitat hidupan liar ini turut menyumbang kepada faktor pengurangan haiwan tersebut. Hutan yang semakin menipis membuatkan haiwan ini tiada jalan lain selain masuk ke kampung untuk mencari makanan.
Kalau dilihat rupa fizikal gajah, mungkin ramai yang tidak menyangka bahawa haiwan ini hebat berenang!
Baru-baru ini, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan) berkongsi satu video di laman Twitter mereka menunjukkan seekor gajah sedang berenang menyeberangi sungai.
Setakat aritkel ini ditulis video berdurasi dua minit itu telah ditonton hampir 90 ribu orang dan mempunyai 4.8 ribu retweets serta 5.4 ribu likes.
Lihat perkongsian penuh di bawah:

Semasa kakitangan PERHILITAN melakukan rondaan penguatkuasaan di Tanjung Mentong, Taman Negara Terengganu, terdapat seekor gajah jantan sedang berenang merentasi tasik. Kakitangan PERHILITAN telah mengiringigajah tersebut sehinggake tebing bagi memastikan keselamatannya. pic.twitter.com/QGUFYGaMun
— Jabatan PERHILITAN (@PERHILITAN) February 10, 2020

Kita mungkin berfikir, gajah akan tenggelam sebaik sahaja mereka masuk ke dalam air kerana saiz tubuhnya yang besar dan berat. Namun, gajah adalah perenang yang sangat hebat! Ketika di dalam air, gajah dapat berenang dan menggunakan belalai mereka untuk menyelam dan bernafas.
— Jabatan PERHILITAN (@PERHILITAN) February 10, 2020

Video itu mendapat perhatian ramai terutamanya para pencinta haiwan

Seronoknya tengok haiwan haiwan bebas macam ni... I minta kita semua jaga alam sekitar kita dan cintailah alam ...
— Cik penyu (@erulnyyzam) February 10, 2020

Not all heroes wear capes. Thanks PERHILITAN!
— E. Zat (@DoubleeZat) February 10, 2020

Tetiba rasa nak nangis tengok Harap taman negara ni dijaga dgn baik.
— (@Izzuexdn) February 10, 2020

Cute gajah ni.. tapi takpe eh expose mcm ni ?? Risau la ada pemburu haram. hopefully gajah2 tu selamat dlm habitat dia.
— (@_TVfXQsoul) February 10, 2020

Aku bersorak bila gajah tu dah keluar dari air...
— one n only Munirah (@MoonMazlan) February 10, 2020

Hebatnya makhluk Allah...last tu pusing tanda terima kasih pd manusia, yg juga makhluk Allah...
— mRoslanMz (@_tadahanwahyu) February 10, 2020

Selain itu, ramai juga yang bertanya kepada pihak Perhilitan mengenai langkah keselamatan semasa mengiringi gajah itu berenang

sewaktu mengiringi gajah tersebut untuk memastikan keselamatannya, sekiranya gajah tersebut lemas, apakah langkah2 keselamatan yg pihak tuan akan buat untuk menyelamatkannya? Boleh kongsi kat sini tak
— ketupat Palas (@AzuanWann) February 10, 2020

Memang gajah tu perlukan iringan ke? Tak pasti kenapa, tapi rasa macam pelik pula bila baca mengiringi dan memastikan keselamatannya.
— KancilUngu (@KancilUngu) February 11, 2020

Kalau dia lemas masa berenang tu agak2 kau org nak buat apa? Nak bagi CPR ....
— Syukri Md Addnan (@syukriEverlast) February 10, 2020

Kenapa ya min? Kenapa nak kene escort?
— Aisyah090998 (@najiahjannah) February 10, 2020

salam @PERHILITAN , “Kakitangan PERHILITAN telah mengiringigajah tersebut sehinggake tebing bagi memastikan keselamatannya” what is the worst case scenario bila diorng dalam keadaan macam tu?
— adib. (@adibishak__) February 10, 2020

Gajah merupakan haiwan yang sangat unik. Oleh itu, semoga orang ramai akan lebih peka dan sama-sama membantu spesis ini supaya tidak pupus di Malaysia!
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
All copyrights for this article are reserved to DIY
Leave a Reply