<small>
Cover image via
Shafiran Azran Production/ Facebook
</small>
Tidak ada mana-mana wanita di dunia ini yang suka dan rela untuk dimadukan
<a href="https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/762282/b68b.png" rel="segment-308244 noopener noreferrer" target="" title="Gambar adalah sekadar hiasan">
<img alt="Gambar adalah sekadar hiasan" src="https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/762282/b68b.png"></img></a>
Gambar adalah sekadar hiasan
<small>Image via Ohbulan</small>
Ia mungkin menjadi suatu perkara yang menakutkan buat kebanyakan isteri jika suami secara tiba-tiba menyatakan hasrat untuk bernikah lagi bersama wanita lain.
Ini kerana bagi kaum wanita, berkongsi kasih bersama wanita lain adalah sesuatu perkara yang menyedihkan dan sukar untuk diterima dengan hati yang terbuka.
Seperti sebuah video yang viral di laman Facebook hari ini, seorang isteri telah menerima ‘kejutan’ daripada suaminya apabila secara tiba-tiba menyatakan hasrat untuk berkahwin satu lagi
Menerusi video berdurasi 6:16 saat yang dikongsikan pengguna Facebook bernama Shafiran Azran Production ini, dia dilihat 'berbincang' dengan isterinya di dalam sebuah kereta, sambil ditemani anak yang masih kecil.</p>
Prank farahaz nak nikah lain tengok sampai habis,agak agak farah terima ke tak?
Posted by Shafiran Azran Production on Tuesday, February 11, 2020
<p>Dalam perbualan itu, si suami secara tiba-tiba meluahkan perasaannya sambil memberitahu kepada isteri bahawa dia sedang mengenali seorang wanita menerusi aplikasi WhatsApp.
“B ada kenal dengan seorang perempuan ni, dia ajak B nikah.”
“B kenal dia dalam WhatsApp. Ermm.. tak tahu datang mana nombor tu, B bagitahu dekat sayang ye,” kata lelaki itu kepada isterinya.
Selepas menerima perkhabaran itu, wanita tersebut dilihat hanya mendiamkan diri sambil mengalirkan air mata.
Namun tanpa disangka, ia sebenarnya adalah palsu dan hanyalah sebuah prank yang dilakukan oleh suaminya.
Sejak artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat sebanyak 3 ribu perkongsian di Facebook.
Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen memuji sikap yang ditonjolkan wanita tersebut kerana tidak cepat ‘melatah’ dan begitu tenang mendengar berita yang baru disampaikan suaminya itu
Nasib prank sahaja. Kalau betul-betul, mesti tak dapat nak bayangkan perasaan wanita itu.
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
All copyrights for this article are reserved to DIY
Leave a Reply