Setiap kejayaan yang tercapai oleh para graduan adalah disebabkan berkat serta sokongan ibu bapa dan ahli keluarga.
<small>
Cover image via
Video Universiti Sains Malaysia
</small>
Istiadat konvokesyen merupakan satu majlis yang berprestij dan disambut secara meriahnya di setiap universiti
Majlis Konvokesyen diadakan bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada para graduan yang berjaya menamatkan pengajian mereka.
Istiadat ini sememangnya akan menjadi antara hari yang bersejarah buat mereka yang bergelar pelajar di institut pengajian tinggi. Manakan tidak, selepas penat mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan di samping ada yang berhempas pulas tidak tidur malam bagi menyiapkan tugasan demi tugasan untuk mendapatkan segulung ijazah, hari istiadat ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu.
<a href="https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/658135/432e.jpg" rel="segment-262271 noopener noreferrer" target="" title="Gambar sekadar hiasan.">
<img alt="Gambar sekadar hiasan." src="https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/658135/432e.jpg"></img></a>
Gambar sekadar hiasan.
<small>Image via USM</small>
Walaupun begitu, di sebalik setiap kejayaan seseorang graduan itu, terdapat pengorbanan tidak terhingga yang dilakukan para ibu bapa
Majlis Konvokesyen bukan sahaja hari di mana kita meraikan para graduan, tetapi waktu itu jugalah masa untuk kita meraikannya bersama ibu bapa di atas segala jasa dan pengorbanan yang dilakukan mereka kerana telah membesarkan kita serta mendidik sehingga berjaya ke menara gading.<br></br></p>
Pada istiadat konvokesyen yang ke-56 yang lalu, Universiti Sains Malaysia (USM) tidak terlepas dari mengucapkan kata-kata penghargaan dan terima kasih kepada para ibu bapa
Dalam ucapannya, Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail berkata bahawa setiap kejayaan yang tercapai oleh para graduan adalah disebabkan berkat serta sokongan ibu bapa dan ahli keluarga.
Lanjutan daripada itu, beliau telah menggesa para graduan untuk sama-sama berdiri dan memberikan tepukan penghargaan kepada ibu bapa serta ahli keluarga mereka.
Lihat video di bawah:
Ramai yang memuji kata-kata yang disampaikan oleh Naib Cancelor USM dan masing-masing berkongsikan pengalaman konvokesyen mereka
Ibu bapa merupakan insan yang paling mulia dan tiada gantinya. Kita haruslah menghargai dan menggembirakan mereka sebaik mungkin.
Terima kasih mak ayah!
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Lagi artikel di SAYS Seismik:
All copyrights for this article are reserved to DIY
Leave a Reply