Apa lagi diet yang boleh kita cuba ya?
Cover image via
Twitter @detox_glow
Masuk tahun baru ini, antara azam yang sering kita dengar adalah ingin kurus atau mendapatkan berat badan idaman
Sebenarnya, saban tahun kita dapat lihat ramai orang yang berkongsi kejayaan mereka menguruskan badan di media sosial. Selain itu, mereka juga tidak lokek berkongsi tips dan teknik yang digunakan bagi mendapatkan bentuk badan ideal.
Bagaimanapun, ada juga yang suka mengambil jalan mudah untuk menguruskan badan hingga memakan diri sendiri. Memanglah dapat apa yang dihajati akan tetapi muncul pula penyakit lain yang semestinya menyusahkan di kemudian hari.
Pernahkah anda dengar mengenai diet suku suku separuh?
Diet suku suku separuh ini adalah mengenai pengambilan makanan yang dibahagikan kepada tiga bahagian mengikut namanya. Sukatannya adalah nasi putih yang diambil sedikit diikuti dengan protein atau karbohidrat dan juga sayur-sayuran.
Bukan itu sahaja, konsep diet ini juga dipercayai sangat bagus untuk diamalkan oleh semua orang dan tidak tertakluk kepada mereka yang ingin menguruskan badan sahaja.
Memetik kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia, dengan mengamalkan konsep ini, seseorang dapat mengelakkan masalah obesiti yang akan membawa pelbagai penyakit tidak berjangkit yang semakin menular dalam kalangan rakyat.
Seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Detox Glow berkongsi tentang diet suku suku separuh yang baru diamalkannya
DIET SUKU SUKU SEPARUHSusah eh nak jaga makan. Sebenarnya tak susah kalau dipraktikkan dari sekarang.Kita pun tengah berjinak-jinak dengan diet seimbang ni. Nasi tetap makan cuma kecikkan portion. Kalau dulu nasi menimbun lauk seciput je. Pastu kuah banjir pic.twitter.com/nechxPt3fC
— BabyBurnAngels (@Detox_Glow) January 5, 2020
Ok kita share tips diet suku ni dengan lebih terperinci. Nasi 1/2 cup ala besar penumbok gitu Setiap meal wajib selitkan salah satu protein (ayam, telur, daging, ikan)
— BabyBurnAngels (@Detox_Glow) January 5, 2020
Lagi afdal kalau protein tu dikukus, panggang atau rebus kalau takde pilihan amik je lauk mana tanpa kuah (kuah tu yg jahat byk garam selalunya) Minum air kosong je lagi bagus takde kalori
— BabyBurnAngels (@Detox_Glow) January 5, 2020
Sedap pulak lauk mak masak nak tambahlah. Boleh. Tambah lauk je nasi tak perlu. Ratah je mcm tak biasa pulak.Buatlah setip hari sepanjang masa (semoga istiqamah) gabungkan sekali dengan workout sikit dan baby burn. Fuhhh memang pantas lemak berlari mencicit.
— BabyBurnAngels (@Detox_Glow) January 5, 2020
Setakat artikel ini ditulis, perkongsiannya itu telah mendapat 2.3 ribu ulang kicau dan lebih 3 ribu tanda suka.
Kongsinya lagi, dia juga berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 3kg dalam tempoh singkat
Susulan itu, ramai yang memuji perkongsian tersebut malah ada juga yang telah melakukannya tanpa sedar
Selama ini i makan makanan sihat and diet rupanya, Patut lah I tak naik berat badan
— (@masturasufian) January 6, 2020
Wah! Kepada mereka yang masih tercari-cari diet yang sesuai tu, mungkin ini adalah jawapan yang anda cari.
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
All copyrights for this article are reserved to DIY
Leave a Reply